Monday, June 16, 2014

Persiapan & Keperluan sebelum berangkat Umrah



Persiapan & Keperluan sebelum berangkat Umrah


Assalamualaikum w.h.b dan Salam ukhwah fillah...
entry kali ni shuq nak share serba sedikit pengalaman persiapan dan keperluan sebelum dan semasa menunaikan ibadah umrah...
ilmu yang baik mengapa kita tidak manfaatkan dan saling berkongsi..yes! itulah yang membawa shuq ke pengujudan entry kali ni... 


InshaAllah dengan izin Allah dan keikhlasan dari pembaca semua Moga entry shuq kali ni dapat pergi lebih jauh lagi.macam2 perkongsian yang shuq akan post.moga memberi manfaat bersama.......terima kasih kerana sudi baca & support....

   Persediaan dan keperluan sebelum berangkat Mekah
   / Madinah


Panduan Mengerjakan Umrah   

  Tempat2 di Mekah dan Madinah   




PERSEDIAAN



1st of all bakal jemaah haruslah check expired date passport..wahhhh bakal jemaah? mana pergi uols bagai shuq?? heheh....biar aku jelaskan...entry shuq kali ni more to islamic and entry ilmu yang penuh pengisian...bukan setakat duniawi...tapi akhirat juga...jadi..tatasusila bahasa lebih elok dijaga....sebab yang baca entry shuq kali ni mungkin bukannya orang biasa...tapi bakal jemaah...bakal tetamu ALLAH yang dijemput olehnya..soon. Inshaallah..Jadi semua faham ye mengapa entry shuq kali ni more formal than usual...



ok sambung balik...make sure passport mestilah 6bulan sebelum expired date. Kalau tak sampai 6 bulan tu is better kakak-kakak, abang-abang, pacik-pacik, macik-macik, adik-adik dll pergi renew semula bagi mengelakkan kesulitan yang berlaku semasa disana nanti.



bukan apa mengikut pengalaman yang shuq lalui dulu dan sekarang sistem dan peraturan visa yang dikeluarkan oleh Arab saudi adalah lain sama sekali. jika dulu Arab saudi begitu mudah mengeluarkan visa...namun berlainan dengan sekarang...kawalan diperketatkan...mungkin kerana kawasan masjidil haram yang sedang renovation juga menjadi salah satu faktor terhadap kuota yang diberikan arab saudi kepada negara luar semakin berkurang. Jadi dengan faktor ini, kawalan diperketatkan.



kita dah tahu macamni flow arab saudi jadi kita haruslah memastikan semuanya berjalan lancar...salah satunya sila check passport anda.



KEPERLUAN

1.   Buku Panduan Umrah & Ziarah
2.   Buku Amalan Solat2 Sunat & Zikir
3.   Tasbih
4.   Hand Sock
5.   Stokin
6.   Ubat-ubatan
7.   Vaselin
8.   Mask
9.   Spray
10. Telekung 3helai
11. Tudung Labuh 2helai
12. Jubah/Kurung (ikut keperluan hari)
13. Anak Tudung/Scarf
14. Baju Tidur
15. Kain Dalam / Seluar Panjang


1.  Buku Panduan Umrah & Ziarah


 

Seperti yang anda tengok pictures buku panduan tetamu Allah diatas kebiasaannya akan dapat secara percuma ketika bakal jemaah mendaftar di travel agent untuk menunaikan umrah.Buku tersebut akan digunakan dan menjadi panduan sepanjang kursus umrah berlansung anjuran travel agent yang dipilih. Manakala kalau anda tengok pula buku panduan tetamu ALLAH yang bertali disebelah kanan tu shuq beli sendiri di bookstore.bukan apa...dengan bertali lebih mudah urusan semasa membuat umrah.Boleh digantung dan kadang-kadang kita ni cuai... setiap ibadah yang dibuat mempunyai doa yang khusus.tapi bila menggunakan buku biasa kita agak susah nak kawal mukasurat yang sepatutnya kita rujuk..

Jadi bagi memudahkan urusan, shuq beli buku panduan yang bertali...bila digantung kita bole menandakan page mana yang harus dirujuk...tak cukup dengan beli buku panduan bertali...shuq siap tagging lagi setiap tajuk bagi memudahkan pencarian..hehehe.more easier aite ^_^

2.  Buku Amalan Solat2 Sunat & Zikir


 


Ok bila tiba di part Buku Amalan & Solat Sunat, Jemaah boleh tengok pelbagai jenis buku yang berada dipasaran.Tapi bagi shuq kalau nak memilih sebarang jenis buku kita mesti lihat pada kualiti dan kesahihannyanya. Sepanjang ni.... Alhamdulilah shuq selesa dengan 2 jenis buku rujukan ini sebagai routine.kalau akak-akak..abang-abang..pacik-pacik...macik-macik perasan buku yang color biru tu adalah buku amalan sunat dan ibadah seharian...bagi shuq buku tu sangat lengkap dan memadai kalau dibawa kemana sahaja...untuk kepastian.shuq bukan hanya rujuk pada buku ni sahaja,tapi juga buku-buku lain..cuma untuk lebih senang memahami dan baca bagi shuq adalah buku biru ni...bole didapati dimana-mana bookstore yang berhampiran. 

Bagi amalan zikir harian pula shuq lebih selesa dengan buku color pink..dalam ni mengandungi khasiat zikir 99 nama ALLAH dan amalan yang perlu dilakukan.selain itu juga, buku ni mudah dan senang dibawa kemana-mana coz size buku ni juz sebesar tapak tangan je! so masuk pocket or selit dimana-mana pun sonang!..

Masa ni shuq beli buku ni dah lama dah...di tesco.kat booth booth buku je :)

Last but not least..notebook kecil color hitam yang anda tengok adalah pocket noted yang shuq buat sendiri.dalam ni terkandung solat sunat harian dan doa asas yang shuq salin semula dari buku biru ni...bukan apa..kalau kita travel memana or backpacking is more easier dengan bawa noted kecil ni je dimana dalamnya ada salinan solat sunat taubat, tahajjud, hajat dan dhuha...normally pocket noted ni shuq akan sentiasa bawa kemana-mana dan sentiasa berada dalam handbag shuq.begitu juga kalau mengerjakan umrah...boleh je bawa..hehehe



3.  Tasbih


Tak perlu lagi diterangkan rasanya picture apakah dibawah ini..manual tasbih dan digital tasbih.




4.  Hand Sock5.  Stokin



Yang bulat-bulat dalam plastik tu adalah stokin paras ankle.shuq beli handsock n semua stokin ni di Mydin...more cheaper! harga handsock sepasang adalah RM 4.90 dan stokin 1pack 6pieces(6pasang) 
RM 10.90...sebelum tu shuq nak habaq mai naa...handsock ni ada 2 jenis..yang pendek dan yang panjang. ok kalau ditanya apa beza yang pendek dan yang panjang? mengikut pandangan matakasar shuq...kalau yang pendek ni kita akan pakai bersama baju kurung or baju lengan panjang...manakala handsock yang panjang lak sepanjang pemerhatian shuq...orang awam akan pakai handsock yang panjang ni ketika mereka memakai baju T lengan pendek.Depends pada individu...

Kalau tanya shuq which one is better..yang pendek or yang panjang...shuq akan jawab surely yang panjang.actually dua-dua pun shuq pakai..yang pendek dan panjang...yang panjang shuq akan pakai bila memakai baju kurung...manakala yang pendek shuq akan pakai masa pakai T-shirt lengan panjang...walupun T-shirt tersebut lengan panjang tapi masih bole menampakkan lengan hingga kesiku...so disitulah fungsinya handsock. 

p/s : Jadi begitu jugalah semasa bakal jemaah ingin mengerjakan umrah/haji...semuanya perlu dijaga termasuk aurat yang paling dititik beratkan


6.  Ubat-ubatan

7.  Vaselin


Bagi yang mempunyai sebarang penyakit kronik/tak kronik perlu la membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan mencukupi mengikut  had yang dibenarkan.yang tiada apa-apa penyakit juga shuq suggest kan bawa ubat-ubatan yang basic seperti panadol, ubat flu, minyak angin, ubat demam dan batuk. tu semua adalah ubat-ubatan basic..

macamana nak dapatkan ubat-ubat tersebut di klinik tanpa sebarang sakit? haaa bagi pengalaman shuq...sebelum shuq pergi umrah that day shuq akan pergi mana-mana klinik yang berdekatan atau klinik yang anda dah biasa pergi sama ada swasta mahupun gov...cakap dengan doc tu saya hendak berangkat menunaikan umrah pada sekian sekian...sekian tarikh..bla...bla....saya memerlukan ubat spare untuk dibawa kesana..so dengan senang hati doc tu pun akan bagi je...korang cakap jela ubat apa yang korang nak kan....kalau sesiapa yang ada klinik panel lagi senang kot nak dapat...ehheheh



8.  Mask

9.  Spray

Apa kegunaan Mask ni?? and untuk apa aku suruh bawa spray??
ok mask ni untuk kegunaan sepanjang perjalanan anda berada disana antara dari hotel hendak ke masjid sometime seseorang akan memerlukan mask ni..Almaklum dah pergi negara luar...macam-macam penyakit yang peru kita hindari.Ditambah pula semasa shuq pergi ni musim MasjidilHaram tengah sibuk membuat renovation...sangatlah berhabuk dengan debu dan bertambah teruk jika ada ribut pasir.Jadi mask ni sangatlah berguna ketika itu..bagi shuq jika anda pakai/tidak tu belakang cerita...yang penting bawa dulu.dan bila tiba disana ikut keperluan...jika perlu, dah ada...boleh la pakai.kalau tiada dan nak cari tu yang susah satu hal...bukan apa..shuq cakap ni ibarat sediakan payung sebelum hujan...heheheh

haaa sebelum shuq lupa lagi satu..patah balik pada ubat-ubatan....why shuq ber ia sangat suruh bawa ubat-ubatan bagai kesana? apa kat sana tak kan tiada klinik hospital atau farmasi yang boleh beli ubat bagai?? urmm nii jawapannya..untuk pengetahuan bakal jemaah....kat sana sememangnya ada farmasi...klinik dan hospital.tapi ubat-ubatan disana tersangatlah mahal.pernah sekali rakan jemaah satu travel shuq ni batuk teruk then pergi farmasi beli ubat batuk...nak tau berapa harganya?? RM90!!! one tips lagi kat sana tiada ubat-ubat pil yang boleh dibeli sepapan yer...semuanya perlu dibeli sekotak...siapa yang nak makan banyak-banyak ubat sampai sekotak tu uiiii...so nak tak nak terpaksalah jemaah yang sorang ni beli ubat tersebut walaupun sekotak...
Jadi...nampak tak disitu kenapa kita perlu bawa ubat-ubatan dari malaysia....hehehhe

SPRAY pula kegunaannya adalah untuk mengambil air wudhuk...eh macamana nak berwudhuk dengan menggunakan spray je?? cukup ke? ok kat sini shuq juz boleh info setakat yang termampu sahaja.selebihnya bakal jemaah perlu menuntut daripada orang yang lebih arif mengenainya..

Wudhuk dengan menggunakan spray ni hanya amik bahagian yang wajib sahaja...and untuk pengetahuan bakal jemaah...kita memerlukannya apabila berada didalam flight.seperti yang anda sedia maklum.Didalam flight tidak dibenarkan menggunakan air secara berlebihan apatah lagi mengambil wudhuk dengan menggunakan air yang banyak. Ini bagi mengelakkan dari air membasahi ruangan lantai and boleh membahayakan sistem pesawat. Oleh itu...ketika inilah gunanya spray tersebut untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat jamak didalam flight.



Selain dalam flight juga kadang-kadang kita memerlukan spray ni sementara menunggu masukknya waktu magrib ke isyak didalam masjid. Coz normally jarang jemaah malaysia akan balik selepas Magrib dan kemudian datang semula untuk fardhu Isyak.Kebiasaannya mereka akan menunggu...dan ketika inilah dugaan mendatang dan syaitan memainkan peranannya dengan mewujudkan perasaan was-was.

Dikawasan Masjid juga disediakan kemudahan toilet/washroom bagi jemaah mengambil wudhuk dan membuat proses perkumuhan.tapi terletak agak jauh sedikit dari ruangan solat.jadi bagi menjimatkan masa dan tenaga terutama bagi jemaah yang agak berumur dan mengalami masalah kesihatan untuk berjalan ke toilet yang disediakan, maka inilah masa untuk menggunakan kemudahan spray yang dibawa.

## Bagi shuq la..kalau dah sentiasa ada spray dalam handbag tu tak perlu nak risau dah nak cari toilet or tempat berwudhuk bagai..coz dimana-mana dan bila-bila masa sahaja kita boleh menunaikan solat...ye dok....hihihi
 

so, ni lah serba sedikit kegunaan spray yang boleh dikongsi



10. Telekung 3helai


       Telekung tanpa kain, mengapa hanya perlu bawa telekung tanpa 
       kainnya? ok disini seperti yang saya nyatakan sebentar tadi kita perlu 
       membawa stokin...dan stokin itu sendiri sebagai fungsi untuk menutup
       bahagian kaki.Perlu diingat...Islam adalah untuk   
       memudahkan...bukan menyusahkan. Telekung bukan perkara wajib 
       bagi menunaikan solat.cuma sudah menjadi kebiasaan di Malaysia 
       apabila solat sahaja memerlukan telekung. Syaratnya cumalah
       menutup bahagian aurat iaitu berpakaian yang tidak ketat dan sampai
       terlihat aurat.tidak kira pakaian apa pun yang kamu pakai tetapi 
       haruslah menutup aurat dah tidak menampakkan susuk tubuh.maka 
       boleh la menunaikan solat.

shuq kadangkala apabila ditanah suci kadang-kala tidak menggunakan telekung.cukup sahaja dengan berpakaian jubah...seluar slack  dan ber shawl...handsock..ber stokin..maka cukuplah syarat untuk menunaikan solat.

11. Tudung Labuh 2helai
12. Jubah/Kurung (ikut keperluan hari)
13. Anak Tudung/Scarf
14. Baju Tidur
15. Kain Dalam / Seluar Panjang


Jadi, inilah serba sedikit Persiapan dan Keperluan yang shuq boleh kongsikan sebelum bakal jemaah berangkat mengerjakan Umrah.Entry yang seterusnya pula shuq akan berkongsi mengenai Panduan Mengerjakan Umrah.InsyaAllah ^_^