Tuesday, December 10, 2013

Angkor Wat World Heritage and Tonle Sap Lake



Entry ni merupakan entry terakhir aku untuk vacation aku ke Cambodia...selepas semuanya selesai aktivity charity..aku dibawa ke tempat sejarah di Siem Reap ni...tak lain tak bukan...Tasik Tonle Sap dan Angkor wat World Heritage di Siem Reap!!! excited aku! before that ni aku kasi sikit sejarah Siem Reap nih..

Siem Reap merupakan ibu kota Provinsi Siem Reap di Kamboja. Kota ini terletak di bahagian barat laut negara dan merupakan pusat wisata dan budaya penting di Kemboja coz menjadi gerbang masuk menuju kawasan purbakala kota Angkor atau dikenali sebagai angkor wat yang terkenal. Kota ini memiliki iklim tropika. Pada tahun 2006, kota ini memiliki jumlah penduduk sebesar 139.458 orang.
Siem Reap memiliki bangunan tua kolonial dan arsitektur china di sekitar lingkungan Perancis dan di sekitar Pasar Lama. Di Siem Reap ini terdapat pusat pertunjukan yang digelar tari tradisional Apsara, kedai souvenir, penjual kain sutera, sawah bendang, desa nelayan, dan rumah burung berdekatan Tasik Tonle Sap. Airport terdekat di Siem Reap ini ialah Bandar Udara Internasional Angkor-Siem Reap.


Ohh before aku lupa..for your information...kat Siem Reap ni aku menginap di hotel hibiscus yang dimiliki oleh orang malaysia...kat siem reap ni..hotel ini adalah satu-satunya hotel yang halal..macamana nak tahu halal ke dok?? ia merupakan satu-satunya hotel yang aku sebagai umat islam boleh makan makanan dari hotelnya.breakfast...lunch and dinner.tapi aku hanya breakfast je kat sini..lunch and dinner aku dah berada kat tempat lain. 

Walaupun sini sememangnya banyak hotel...kau nak hotel apa....3 star? 4 star? 5 star?? semua ada...cuma sediakan aja ongkosnya...dan perlu diingatkan hotel-hotel yang lain semuanya non halal ok..even breakfast dia pun kita tak boleh touch..huuuu....

so nak selamat pergi la hotel yang aku menginap di 
Phnom Phen ialah Holiday villa
untuk maklumat lanjut ....click Here
manakala di 
Siem Reap ni ialah hibiscus hotel...
click Here


Kalau uols tengok My hibiscus hotel ni memang not to bad...diolah ala-ala garden gituu...i loike!!! tapi yang tak best nyer dia tidak menggunakan sistem lif...so aku yang dapat bilik jauh dan tingkat 3 pula..terpaksa la merentasi pool dan beberapa buah bilik untuk sampai ke tangga menaiki bilik aku....haa kau nampak tak disitu mak aku tengah tarik bag menuju ke bilik kami la tuh...mekasih mak jadi model tak berbayar adah!! kuikuikui ^_^




Nice sangat view dia kat sini..sambil menikmati hidangan boleh ler tengok keindahan alam ciptaan ALLAh...sunrise ... =)

Alamak blur plak...maap baba and ma...nanti adek snap lain yer :)


TONLE SAP LAKE

"Tonle Sap Lake" atau dikenali sebagai Tasik tonle Sap, tetapi lebih biasa diterjemahkan sebagai ("Lake Besar") ialah sebuah tasik dengan gabungan sungai yang mempunyai kepentingan utama untuk Cambodia nih.
Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara dan merupakan tempat ekologi panas yang telah ditetapkan sebagai biosfera UNESCO pada tahun 1997. 


Tonle Sap adalah adalah satu tasik yang luar biasa. mempunyai dua sebab ia menjadi luar biasa iaitu :

1.alirannya berubah arah dua kali setahun.

2.   bahagian yang membentuk tasik mengembang dan mengecut secara mendadak dengan musim. Dari bulan November hingga Mei, musim kering Kemboja, longkang Tonle Sap ke dalam Sungai Mekong di Phnom Penh. Walau bagaimanapun, apabila hujan lebat tahun ini bermula pada bulan Jun, Tonle Sap belakang sehingga membentuk tasik besar.

Gambar dibawa ni adalah perjalanan kami menuju ke Tasik Tonle Sap


Tiba di jeti Tasik Tonle sap...Saujana mata memandang.
mula aku hengatkan laut ke apa...sekali baca signboard...rupanya Tonle Sap Lake laa...besar gila!!! dah macam laut aku tengok!



Sebelum naik bot uols perlu beli tiketnya dulu ya uols...herge?? alamak tak dinyatakan pulok coz semuanya termasuk dalam pakej.so tour guide kami yang bayarkan...hihihi




Had a great time with Riva!! my new friend Cambodian girl ^_^ nice to meet you Riva :)



My Lovely mom <3

Percaya atau tidak? Yes! budak baju colour purple yang short pant tu adalah jurubot yang aku naiki..dia yang pandu bot sepanjang 2jam aku meniti tasik Tonle Sap nih! 

Mereka inilah yang melahirkan aku..mekasih ma..mekasih baba...muahx! 




Pengalaman 2 jam menaiki bot melalui terusan Tasik Tonle Sap di Kemboja merupakan pengalaman yang menyeronokkan bagi aku walaupun dalam cuaca yang agak berangin. ditambah pula dengan khabaran buaya yang terdapat dalam tasik ni menambahkan lagi keseraman aku..hohho....
Di kiri dan kanan tebing terusan itu kelihatan kawasan semak yang berselang-seli dengan pemandangan tadika, bengkel bot dan gelanggang bola keranjang yang terapung di tepi sungai.
Gelagat penduduk tempatan yang mencari rezeki di atas air menarik tumpuan aku didalam bot pelancong nih.tapi adakalanya perbuatan mereka ni mengganggu keselesaan aku sebagai penumpang bot.
Mana tak nya, ce uols bayangkan sebuah bot laju menghimpit bot yang aku naiki and then sorang budak lelaki secara tiba-tiba melompat masuk hanya untuk menjual minuman. aku rasa dah macam aksi stunt kau tau tak!! siapa penerbit filem yang memerlukan pelakon aksi stunt dikalangan kanak-kanak boleh la cari di Tasik Tonle Sap ni...belambak! hikhik! ^_^

Ehh..ehhh...Apa yang kau orang tengok tuh??

Pengemis
Tidak ketinggalan pengemis menaiki bot demi meraih simpati penumpang. Walau tidak dilayan, seorang kanak-kanak di bot pengemis itu sempat menunjukkan seekor ular sawa yang dibawanya untuk menarik perhatian aku and pelancong lain.
Gigih ye kau dik cari duit....
pergi la sekolah adik oii..
menurut tour guide aku yanos...kebanyakkan kanak-kanak disini sudah dihantar ke sekolah, tapi mereka pulang semula ke kampung kerana bagi mereka pergi ke sekolah tidak dapat apa-apa pendapatan...jika mengemis mereka dengan senang boleh dapat wang..
Menurut yanos juga, dia tidak galakkan pengunjung memberi wang kepada pengemis kanak-kanak nih coz mereka nih kalau dah bagi sorang...sampan pengemis air yang lain and tak ketinggalan yang naiki besen juga datang menyerbu nak minta sedekah...hahahahha kemain laju agi kau datang nak minta duit! kalau islam aku tolerate sikit..tapi sini semua non muslim..pastu dengan cara macamni...buat mak pak akak tekejut tau tak dengan ular sawa adik tuh!! nasib tak kena hard attact je time tuh ! ~_~ !
Tertarik memang la tertarik tak dinafikan coz tengok budak sekecil 4 tahun lincah mendayung dan melompot dari sampan ke bot...sampan ke sampan yang lain. Tapi actually, perbuatan budak perempuan tuh dah menimbulkan  ketakutan pada aku and penumpang lain. Gelagat mereka dengan ularnya mengganggu tumpuan aku tetapi Tour guide bot aku Yanos cuba menenangkan kami semua.
         
Aku rasa budak pompuan ni mesti pemes gila...and gambar dia banyak di blog-blog or flick orang menceritakan perihal budak ni kan kan kan....tol tak aku cakap..aku adalah salah seorang blogger tuh yang hupdate sal kau ler dak kecik.huhhhu
Menurut Yanos, bilangan penjaja dan pengemis telah berkurangan dengan ketara hasil usaha kerajaan Kemboja membersihkan tebing terusan dan membangunkan kawasan jeti.
Yanos juga menuding ke arah tiang-tiang konkrit yang ditempatkan pada jarak tertentu di tebing sungai untuk menunjukkan ketinggian paras air naik semasa musim tengkujuh. Apabila diamati, paras air itu boleh mencapai ketinggian bangunan tiga tingkat.

 


Apabila sampai di muara terusan, jelas kelihatan kampung terapung Chong Khneas. Kehidupan di sini saling berkait dengan rentak pasang surut air Tonle Sap.
Tonle Sap bermaksud sungai air tawar yang besar dalam bahasa Khmer. Penduduk di sini sudah sebati dengan rentak tasik yang mengalir ke Sungai Mekong itu.
Keluasan tasik itu menyusut semasa musim kering bermula pada bulan November hingga Mei dan semasa musim tengkujuh pula arah aliran air bertentangan dan keluasan tasik bertambah.
Walaupun aku melawat tempat ini pada penghujung musim hujan dan bermulanya musim kering, ia begitu mengagumkan untuk melihat betapa luas tasik bagaikan sebuah lautan terbuka tanpa bayangan daratan di ufuk.
Semasa musim kering, tasik ini meliputi kawasan kira-kira 3,000 kilometer persegi dengan kedalaman kira-kira satu meter. Pada musim tengkujuh keluasannya mencapai sehingga 16,000 kilometer persegi dan paras air boleh mencapai ketinggian sembilan meter.
Punca air di Tonle Sap datang dari Banjaran Himalaya di benua kecil India. Tasik itu meliputi empat wilayah di Kemboja iaitu Siem Reap, Battambang, Kampong Tom dan Pursat.
Semasa musim tengkujuh, bot-bot boleh ke Phnom Penh dari Tonle Sap kerana sungai ini bergabung dengan Sungai Mekong di pusat bandar negara Kemboja itu.

Perkampungan air
Semasa bot pelancong bergerak mengelilingi perkampungan itu, kelihatan semakin banyak bangunan terapung. Antaranya ialah gereja, pasar masyarakat, kedai runcit, kediaman dan sekolah berbumbung merah yang bersaiz besar.
Kawasan Kampung
Church

Haa...Yang uols nampak pictures dibawah ni, building blue color adalah sekolah..pe macam?? exotic tak building ni?? sekolah atas air tuh....huhuhu relax je.
Bangunan di perkampungan air ini unik coz aku tengok ia terapung dan tidak bersambung antara satu sama lain. Ia berbeza dengan perkampungan air di tempat lain yang rumahnya berkaki panjang dan dihubungkan dengan laluan kayu.
Yanos memberitahu, terdapat perkampungan terapung yang mempunyai kandang babi dan buaya.Tiba-tiba aku rasa mual lak bile dengar babi.padahal babi tak bersalah pun...makhluk Allah juga ye dok...
Bangunan-bangunan itu boleh naik turun mengikut rentak pasang surut air kerana di bawahnya terdapat pelampung. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan kejadian banjir.
Waaahh... so cool !!! tapayah risau banjir bagai! huahuahua :p


Budak ni relax je...sini la tempat kau mandi..sinilah tempat kau makan...sini la tempat cuci tangan...sinilah tempat kau menyahtinjah...sinilah tempat kau basuh segala baju...sekali kena cekut dengan incik crocodile baru tahu.




aku dapat tengok  sebuah rumah yang mempunyai kebun di belakangnya yang bergerak di atas air. Yanos menerangkan, penduduk di situ bebas mengubah lokasi kediaman mengikut cita rasa masing-masing.syiok gila boleh ubah kedudukan rumah sesuka hati!!! coz rumah atas air ni tiada kedudukan yang fix.

Kalau uols perasan rumah color kuning dalam gambar atas ni mungkin penghuninya beragama hinddhu berdasarkan terdapat patung dan gambar patung hindhu dalam rumah tersebut.
Menurutnya lagi, pada musim tengkujuh, paras air yang naik akan menyebabkan keseluruhan kampung bergerak jauh.
Antara pemandangan yang dapat aku saksikan termasuklah seorang kanak-kanak perempuan mendayung sebuah besen kecil bersama kucingnya mengejar bot kami untuk mengemis.
kau nampak tak disitu?? dalam gambar yang sama bawah ni kelihatan budak lelaki dalam linkungan 4 -5 tahun mendayung sampan?? kemain laju kau!! aku yang dayung sampan kat tasik atau kolam ni pun tehegeh hegeh...kau kemain laju! tercabar akuh! ngee =)
nak wat camner...dah gitu cara kehidupan dia..mestilah dah pro kan...huuuhuu!
Selain itu, gambar bawah ni terdapat seorang lelaki mengangkut sayur-sayuran dari sebuah kedai terapung dan kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun melompat ke dalam kawah lalu menghala ke arah pelancong untuk meminta duit.
Maaplah picture bot pelancong yang dikejar tak sempat nak nangkapnya..

kalau uols nak tahu..penduduk kat sini bergerak lancar je atas air dengan menggunakan apa saja yang boleh terapung. Mereka saling bergantung antara satu sama lain.aku rasa kalau mereka-mereka ni naik darat mau mabuk darat jawabnyer...hikhikhik!!! pepandai je shuq ni...hahah!
Apa yang paling membanggakan and paling best ialah mereka amat menghargai alam sekitar. Susah nak tengok sampah terapung atas air terutama di kawasan kediaman.
memandangkan tasik tersebut merupakan sumber mereka mencari rezeki termasuk bekerja sebagai nelayan. maka mereka sememangnya perlu menjaga kebersihan alam sekitar.
Selain tu gak,Kepesatan aktiviti pelancongan di Kemboja juga membuka peluang untuk mereka membuka perniagaan seperti membuka kedai cenderamata.
Bahkan, terdapat sebuah kapal di tasik tersebut yang dijadikan restoran. Pemandu bot juga sempat membawa aku ke sebuah kedai cenderamata yang mempunyai dek pencerapan bagi pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam.
Difahamkan, kira-kira satu juta penduduk tinggal di pinggir Tonle Sap dan mereka mengamalkan kehidupan terapung tersebut sejak dulu lagi.
Inilah salah satu kedai souvenir and restaurant terapung yang sempat aku singgah


Kalau uols nak tahu kat sini juga la kami dibawa melawat kandang mini buaya..ce tengok gambar bawah ni..kau bayangkan buaya ni berada di dalam tasik yang sama dengan kami sepanjang kami menaiki bot meniti tasik tonle sap ni...berada dalam tasik yang sama..berada dalam air yang sama...menurut pak yanos..buaya ni telah dikepung...

haa??? dikepung?? kau yakin ke dengan cara dorang ni kepung?? mana nak tau kot kot kat bawah atau dalam sungai ni buaya ni sodok kepungan? mana tau kot kot ada buaya yang terlepas??? mana nak tau?? bukan dia masuk and check hari-hari pun buaya ni cukup ke tak??? semua menjadi tanda tanya aku..uPss..

Menurut yanos lagi buaya yang ditangkap ni sudah banyak mengorbankan nyawa...tapi yang aku tengok ni baru sikit je buayanya?? tak kan lah sikit ni je buaya yang ada di tasik sebesar nih?? ishhh...musykil...musykil...






Budak ni sampai naik ke kedai souvenir dorang duk kejar nak minta duit punya pasal...bukan tak bagi...dah bagi dah tadi...pastu nak lagik..tamak betol !! grrrr ~_~ geram plak aku nih haaa..


Muka toye baru lepas kena marah..hahahah! ;p

Padan muka kau dik kena marah dengan tourist guide aku...yela aku tengah syiok tengok buaya pastu dia dengan hati senang boleh plak diri sebelah aku...kalau dia sorang tak pe la gak..relax je aku..nih tak...dia bawak geng wooO....aku toleh sekali sebelah pipi aku kepala ular sawa tuh...mau tak jerit !!!! puihhh!!!!! sakit kerongkong akak dik oii...dek kerna telah mengeluarkan vokal yang ober limit.dari akak baik hati nak bagi duit masa nak balik jap lagik terus tak nak bagi !!! padan muka kau sapa suh tekejut kan aku.

Member kat bawah tuh gelak tengok kawan dia kena marah..hahahhah

agak-agak ler adik uiii..nasib tak da hard attact je..kalau tak lama dah akak jalan...haihh [-__-"]




Antara barangan yang dijual disini..Mahal nak mampos!!!



Arak exotic..ular tedung + scorpio 

Geli plak aku!!!! yuckk !!!!





Bot pelancong lain yang sempat aku tangkap gambarnya

Budak nih dah tua-tua pun nangis coz orang tak bagi duit....haihhdah macam paksaan dah nih!

Mula niat dihati aku and pak aku memang dahaga sesangat baru la nak pekena air kelapa...sekali melintas anjing 2 3 ekor di kawasan kedai ni...langsung tak jadi...kembang tekak aku...huhhhu

Mam aku dah tak sabar nak balik ke darat coz asyik kena follow dengan pengemis cilik je yang datang bawa ular

kau bayangkan bawah tempat ni penuh dengan buaya...coz bawah restaurant ni sememangnya mini kandang buaya

dah naik bot untuk balik pun still pengemis ni duk follow je...haihhh..kalau datang memasing sendiri takpe gak.takda lah aku nak marah sangat..ni mesti bawa ular...aku rasa setiap budak kecik kat tasik tonle Sap ni memang hobi dia bela ulor sawa kot??? [-__-"]

adik...ooO adik...takde minatang lain ke kau nak bela..bela la rabbit ke....cat ke....comel la sikit..ni tak..ulor pegi belanya watpo??? exotic sungguh! nak memanja pun tak bleh...

Follow jangan tak follow


Dah citer panjang melebor..baru aku nak kenalkan tourist guide aku...yanos...gambar dibawah ni sedang bagi penerangan pada kami.


Capik sudaaaa mami aku sorang ni :)


ANGKOR WAT WORLD HERITAGE

Angkor Wat adalah sebuah binaan yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor.Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. 
Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.
Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah olehSiam pada tahun 1431.

Sesudahnya aku habis menaiki bot meniti Tasik tonle sap, aku kemudian bergerak pula ke angkor Wat world Heritage...


Ini adalah peta di kawasan Angkor Wat..Sesungguhnya kawasan dia tersangat la besar...


Harga masuk untuk satu hari dalam angkor wat ni ialah sebanyak 20usd...agak mahal juga bagi aku...coz aku nih rajin meng "convert" dari usd ke Ringgit malaysia...huhuhu 


Lupa nak inform uols...tempat pembelian tiket masuk ke angkor wat nih adalah tersangat jauh dari pintu gerbang angkor wat ..so uols lepas beli tiket ni haruslah menaiki kenderaan menuju ke gerbang pintu masuk angkor wat nih yer...plus masa uols beli tiket nih diwajibkan menangkap gambar....selepas itu tiket yang diberi kepada kita akan tertera gambar kita seperti dibawah ni...


Aku tatau napa aku suka sangat tengok pictures atas yang ada babah aku ih..macam nampak klasik...ahhahah


View keluar pintu gerbang Angkor Wat










Jauh pemandangan, Luas pengetahuan

nih bukan jauh lagi dah pemandangannya..tapi termenung sudaaa...temenung mikir nak balik cemana...masa masuk tak hengat jauh mana dah bejalan...jalan ikut sedap kaki melangkah je coz excited.bila nak balik bercinta sakit kaki..kemaen jauh nak jalan! tu pun aku sampai 1st building je..actually ada banyak lagi building dalam and belakang belakang ni..tapi aku tak larat..

banyak nak pakei kudrat wooO~ aku kena simpan tenaga coz balik dari cambodia ni aku terus gerak bandung...huuuu penjimatan tenaga yang paling maksimum aku kat sini...ni pun boleh sakit kaki..
yela 1st building pun dah lebih 1kilometer ok panjangnyer....belum masuk balik agi..kau double jela.

fuhh!!!! keluar peluh jantan kau!






Kat sini aku rasa banyak pelancong europe je coz dorang duk tengok building ni and ada kepercayaan dorang...mengikut kata yanos tour guide aku...dia menceritakan semula pementasan semasa kami berada Cambodian cultural village tuh...

pementasan tu ada menunjukkan kerajaan Raja Suryavarman II telah membina angkor wat ni dengan hanya menggunakan tenaga buruh hamba-hambanya dan tasik yang terdapat disekeliling angkor wat ni yang dikenali sebagai barays hanya menggunakan tenaga gajah ketika itu...
Raja Suryavarman II telah membina angkor wat nih selama 30 tahun tapi hanya sempat menikmatinya selama 5 tahun sahaja kerana kemangkatannya. 


sebab tuh kini Angkor wat ni sangat popular dan dikenali sebagai 
Angkor Wat world heritage.kerana kemisterian Raja Suryavarman II membina Angkor Wat nih...










Salah satu patung buddha yang terdapat dalam Angkor Wat ni


Pisang goreng Cambodia..nih pun aku berani beli sebab dijual dalam masjid oleh seorang makcik islam...hehehe
siap letak bijan lagik :)

SubhanaALLAH Maha Suci Sekalian Alam

Alhamdulilah...pagi tadi sempat tengok sunrise masa breakfast...ni dalam on the way perjalanan balik ke Phnom Phen sempat tengok sunset lak...hehehhe ^_^

Sempat lagi aku belajar beberapa word bahasa khmer dari kawan baru aku Riva :)

Selepas puas bersiar-siar..kami kemudian pulang ke Phnom phen kerana penerbangan kami di awal pagi esok...malam ini merupakan malam terakhir aku berada di Cambodia...

dan aku dibawa ke restaurant Titanic..iaitu sebuah restaurant cruise di Sungai Mekong...Sangat cantik..very special ok!!! candle light dinner gituuu ^_^
Makanan dia not to bad...sedap!!! but still in chinese style...aku kalau nak pedas aku keluarkan and bukak je dari handbag sambal goreng yang mak aku buat and bawak...hikhik kantoi !!!! ;p







Last night in Phnom Phen with Cambodian girl..i will miss her...


Haa satu aku nak habaq kat uols...kat cambodia ni peraturan jalanraya tak dikuat kuasakan sangat...negara dorang lebih kurang sama dengan indonesia...sukahati mak bapak dorang je...kat cambodia ni banyak je aku tengok dorang modify sendiri motor yang pada asalnya hanya boleh dinaiki dua orang tapi mereka modify supaya boleh dinaiki 3 ke 5 orang...pe macam?? hebak tak hebak??? tapi aku pelik bila tanya tour guide aku mengenai statistik kemalangan..dia cakap tersangat kurang.apakah rahsianya?? mungkin kerana sikap mereka yang penyabar dan give and take??? huhuhuh WaALLAHualam