Hari yang seterusnya aku gerak ke Siem Reap..perjalanan dari Phnom Phen ke Siem Reap ni memakan masa selama 7jam dengan menaiki bus...kalau uols nak tahu...highway kat cambodia ni bukan macam highway dimalaysia yang telah di tar rata dan cantik...tapi highway disini masih mengekalkan keaslian tanah....tanah merah!!! hikhikhik so nak tidur dalam bus pun memang tak dapat la kalau dah jalan berlubang and belopak-lopak.poneng kepalo den nih haaa
Dalam perjalanan ke Siem Reap sempat lagi menikmati keindahan pohon hijau..
Singgah sebentar membeli jagung dari penduduk kampung...jagung mutiara youuu~
Haaa kalau uols nak tahu jagung dimalaysia ni ada direndam dengan air garam dan disapu dengan planta nak kasi sedap..tapi kalau kat cambodia ni takde garam bagai..dia hanya makan begitu saja beserta lobak asin sebagai garam atau pun perasa untuk jagung tersebut..
Petrol pum huhuhuh koboi sangat! ^_^
RnR masa on the way ke Siem Reap..hanya memandang saja yang boleh ye..yang lain cannot...non halal..kat sini juga ada jual pelbagai makanan eksotik...seperti labah-labah goreng...cengkerik goreng...dan bermacam-macam lagi.
masa ni lapar memang tahap gaban nak menyampaikan time lunch di destinasi yang seterusnya.kalau kat malaysia macam-macam jajan yang boleh dibeli buat alas perut kalau kat RnR tuh...tapi disini?? kembang tekak hadoo ;p
Jangan kata air..kerepek pun aku tak berani nak beli..almaklum yang jual nih non muslim. buatnye dia goreng kerepek ni pakai bekas minyak goreng spider goreng? tak ke naya aku?? ishh jangan...jangan...
spider Goreng
atas ni kelihatan toilet koboi...toilet cenggini pun kena bayar hokeh!!! 1000riel
Masa kat sini pak aku berani beli buah je..tu pun makan berjaga-jaga coz perjalanan jauh..mana nak cari RnR lagi lepas ni? kat malaysia boleh ler agak-agak...tapi disini??? tawakal jela..hihihhi
Cengkerik goreng
siap goreng berlada and sayur lagik.hihihih
aku sampai gado-gado betekak dengan minah ni...dia paksa aku try makan cengkerik ni
"u try 1st laa..its delicious"
aku : cannot..im muslim
nevermine... try 1st and u will like..
aku : thanx..but cannot...muslim cannot eat this thing
i will give u for free 1 plastic
aku : cannot la!!! i don't want...! haa kan dah tinggi volume aku ~_~
i will give u for free 1 plastic
aku : cannot la!!! i don't want...! haa kan dah tinggi volume aku ~_~
Atas ni katak goreng tak silap aku
Kalau uols dah datang ke sini jangan lupa merasa pelbagai jenis buah-buahan mereka..sedap woo-!!! Love it!
KAMPUNG THOM
Jauh pemandangan, Luas pengetahuan
Singgah di perkampungan islam kampung Thom dan menyampaikan sumbangan
Beras yang diproses sendiri
Masa aku sampai je masjid kampung ni terharu sangat...sebaik saja bus yang aku naiki berhenti di depan pintu masjid kami disambut oleh penduduk kampung dengan mengalu-alukan kedatangan kami...selepas sesi meramah mesra bersama penduduk kampung,
tibalah masa untuk menyampaikan sumbangan...paling yang aku terkilankan disini apabila menyampaikan sumbangan ialah ada diantara ibu tunggal atau warga tua yang tidak dapat sumbangan daripada kami kerana ketidak cukupan barang sumbangan.....
itulah yang paling aku terkilankan disini...sebelum datang ke sini kami sudah mengumpulkan maklumat mengenai jumlah penduduk kampung ni yang layak menerima bantuan. tapi apabila tiba hari dan ketikanya yang datang untuk menerima bantuan adalah terlalu ramai...sedih saya apabila mengenangkan ada penduduk yang tidak dapat sumbangan tersebut...
bagi menyedapkan hati..aku terpaksa lah think positive...mungkin ada hikmah...
Firman Allah SWT:
أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
“Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki” (Surah Al-Mulk, ayat 21).
“Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki” (Surah Al-Mulk, ayat 21).
semuanya adalah rezeki masing-masing...kadang-kadang bagaimana kita berusaha banyak mana pun..tapi kalau ALLAH kata itu bukan rezeki and bahagian kita...itu sememangnya tidak akan menjadi milik kita...
tapi apa boleh buat...nasi sudah menjadi bubur...pengalaman ini akan aku jadikan sebagai pengajaran...Inshaallah aku akan war-war kan mengenai kesusahan umat islam di kemboja ni di badan-badan yang berminat untuk beramal. akan ku jejak lagi kebumi Cambodia ini dilain masa jika umur panjang..Inshaallah
Masjid di Kampung Thom
Apa benda nama benda alah ni pun aku tak tahu...nampak unik aku terus snap je picture...hihih
Pak aku sempat lagi menjelajah kawasan kampung...fefeeling Y.B lak yer Incik Noordin...hihihi demo kat aku cara orang kampung ni mendapatkan air...mana tau kot kot la anak dia ni tatau macamana nak guna...ehh siapa?? siapa?? siapa anak dia?? hikhikhik.kat malaysia aku tak jumpa lagi menda alah ni...huhuhuhu
Kalau uols nampak yang berbaju melayu purple tu adalah ustaz...dia ni imam di masjid kampung Thom ni haa..pe macam??? muda kan?? berminat?? pada ibuk-ibuk bapak-bapak...boleh la jadikan ustaz ni calon menantu uols...hahahhaha
KAMPUNG CHAM
Ini pula gambar sebaik saja tiba di kampung kedua iaitu kampung Champa.
meh aku story mory sikit sejarah asal usul Champa nih
Kajian linguistik menunjukkan bahawa orang Melayu Champa ini datangnya daripada Kepulauan Borneo melalui laut. Mereka tiba dalam lingkungan 1000 B.C daripada Boneo dan mula mendirikan penempatan dari sungai yang mengalir tinggi di mana memberi kelebihan kepada kerajaan mereka yang akan didirikan itu kerana bentuk muka buminya memberi pulangan seperti hasil hutan untuk didagangkan dengan negara-negara luar kelak.
Tradisi Cham mendapati bahawa Kerajaan Champa ini diasaskan oleh seorang puteri bernama Po Nagar yang berkahwin dengan seorang putera daripada empayar China. Po Nagar telah melahirkan dua orang anak dan menghilangkan diri ke lautan.
Rekod terawal yang mengatakan mengenai kewujudan ialah rekod daripada Dinasti Han seawall abad pertama sebelum masihi yang memperkatan tentang sebuah wilayah Han yang bernama Xiang Lin. Orang Melayu Champa yang berada di bawah jajahan Han mahukan kemerdekaan, lantas mereka mencetuskan perang dengan Han. Akhirnya, mereka berjaya memenangi perang selepas beberapa siri peperangan lalu menubuhkan sebuah kerajaan yang pada lidah cina menyebutnya sebagai Lin Yi tetapi dikenali dunia sebagai Champa.
Pada tahun 448 A.D, Funan yang merupakan jiran Champa tidak berpuas hati dengan berdirinya kerajaan Champa lalu mengantar utusan ke China. Raja Funan ketika Jayavarman meminta bantuan China untuk membantu mereka menjatuhkan Champa tetapi ditolak sama sekali oleh China yang memperakui kerajaan Champa. Raja Jayavarman mendakwa bahawa raja Champa ketika Tan Ken Tchoven (sebutan cina untuk nama raja Champa ketika itu) adalah pemberontak. Raja Cham ketika itu, Rudravarman telah menghantar utusan ke China, meminta prestij China untuk mengakui kewibawaan mereka. Hubungan China dan Champa berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 543, di mana Champa telah memerangi China apabila berebut wilayah Tonkin. Selepas mengalami siri peperangan, Ton Kin berjaya dimenangi oleh Champa dan dicatatkan dalam Prasasti My Son walaupun China berjaya merampas kembali beberapa tahun selepas itu.
Perang Dinasti Sui-Champa
Dinasti Sui merupakan antara dinasti paling pendek jangka masanya dalam sejarah China namun Empayar ini sangat-sangat kuat. Bayangkanlah Dinasti Sui mampu kembali menyatukan Negara China yang berpecah belah ketika era Dinasti Utara dan Selatan (420–589 Masihi). Maharaja pertamanya ialah Maharaja Yang Jian memerintah pada tahun 21 Julai 541 sehingga 13 Ogos 604. Mangkatnya Maharaja Yang Jian diganti oleh anak kedua Maharaja Yan Jian iaitu Yang Guang. Ketika penabalannya, anak sulung kepada Maharaja Yang Jian tidak bersetuju dengan naiknya beliau sebagai Maharaja Dinasti Sui lalu melakukan pemberontakan.
Maharaja Yan Guang berjaya mematahkan pemberontakan oleh abangnya. Selepas itu, Maharaja Yan Guang mahu mengembalikan kegemilangan Negara China ketika di bawah pemerintahan Dinasti Han. Caranya ialah Maharaja Yan Guang harus menawan kembali wilayah-wilayah di bawah Dinasti Han dahulu yang sangat luas... antaranya ialah Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Goguryeo di Semenanjung Korea yang telah jatuh.
Kita tinggalkan kisah epik peperangan armada tentera Dinasti Sui bertempur dengan armada askar Bangsa Korea. Kita jelajah kisah yang lebih epik daripada itu... kisah bagaimana TEWASNYA sebuah empayar besar dari Timur kepada Bangsa Melayu. Empayar yang digeruni oleh seluruh bangsa di dunia pada ketika itu. Empayar China di bawah Dinasti Sui.
Peperangan Sui-Champa ini bermula apabila Maharaja Yuan Guang mengarahkan Jeneral Perang mereka, Liu Feng untuk mengetuai tentera mereka menyerang orang Melayu Champa yang kerajaan mereka terletak di Selatan Vietnam pada hari ini, ketika orang Melayu masih lagi RULING CLASS di Indochina melalui dua kerajaan hebat mereka, Champa dan Funan.
Dinasti Sui menghantar 10 000 tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan beberapa ribu lagi tentera lain dari bahagian yang berbeza yang dipimpin oleh tiga orang jeneral perang iaitu Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong. Liue Feng pula memimpin ribuan lagi armada laut China bersama pembantunya, Li Gang. Askar Champa pula lengkap dengan bala tentera bergajah dan tentera badak sumbu yang dijinakkan. Pada awal peperangan, China berjaya menghambat askar Champa namun berjaya dibalas kembali oleh askar Champa. China kemudian menggunakan pasukan askar berpanah untuk menagangi armada gajah Champa. Champa yang diibaratkan sebagai El Dorado Asia, kaya dengan emas dan bahan-bahan perdagangan akhirnya telah kehilangan Bandar mereka, Vijaya.
Raja Champa ketika itu lari ke bahagian pergunungan untuk kembali menyusun askarnya. Namun yang menjadi mangsa ialah dayang-dayang istana dan juga anak dara Champa yang telah dirogol sewenang-wenangnya. Rumah-rumah di Vijaya telah dibakar oleh askar China. Namun ketika askar China sedang berseronok, mereka dilanda wabak penyakit mungkin akibat perbuatan jahat.
Kebetulan ketika itu, raja Champa telah membawa askar-askar mereka untuk menyerang kembali askar China dari Dinasti Sui. Mereka berjaya memenangi pertempuran itu dan membina kembali kota Vijaya yang merupakan pusat pemerintahan mereka. Beberapa orang pegawai China mati dibunuh. Kemudian utusan telah dihantar kepada China untuk menyuruh China mengaku kesalahan mereka dan meminta maaf. China tunduk dengan permintaan Champa.
Pada zaman pemerintahan Tang, konflik sekali lagi berlaku antara China dan Champa. Para menteri China ketika itu berang dengan keangkuhan Champa dan telah menyuruh mahajara China zaman Dinasti Tang, Li Shimin mengerahkan armada Tang untuk menyerang Champa namun maharaja China itu menolak. Alasannya kekalahan Sui kepada Champa harus dijadikan pendoman kepada Tang dan sekiranya mereka tumpas, itu satu tamparan hebat kepada Empayar Tang yang sangat luas itu
Perang Champa-Mongol
Empayar Mongol merupakan sebuah empayar yang sangat hebat pada zamannya. Dikatakan bahawa armada askar Mongol dikatakan tidak terkalahkan. Bukan satu dua empayar yang terkalahkan oleh Empayar Mongol. Empiayar China dan Tamadun Islam ialah salah satu daripadanya.
Pada hari ini terdapat belasan negara yang duduk di bawah pemerintahan Mongol sekiranya empayar hebat ini masih bertahan. Antaranya ialah Crotia, China, Hungry, Iraq dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai Mongol ialah kehebatan mereka menimbulkan satu ungkapan yang mana tersebar ke seluruh dunia.
"Kalau kalian mendengar askar Mongol itu kalah dalam peperangan, jangan percaya!"
Eropah, Arab dan China serta bangsa Korea gagal untuk menewaskan BALA dari TIMUR ini. Tetapi, percayakah kalian bahawa empayar ini kalah di Asia Tenggara yakni Nusantara? Ada kisah yang entah kenapa buku sejarah kita tidak menceritakan bagaimana bangsa Mongol dihalau oleh nenek moyang kita semua.
Ketika bangsa arab di barat pening kepala untuk menangani amukan Mongol, ketika bangsa cina di Tanah Besar menjadi hamba mongol manakala anak dara di eropah tidak tidur lena tatkala mendengarkan nama Mongol, namun Mongol bukan tandingan nenek moyang kita ketika itu.
Ketika itu, perdagangan antara China dengan negara-negara seperti India, Barat, Turki Uthmaniyah dikawal oleh Champa. Champa bertindak sebagai orang tengah disamping kerajaan jiran Champa iaitu Dai-Viet atau dikenali ketika itu dengan nama Annam. Laluan rempah inilah yang mahu dikuasi oleh Kublai Khan ketika itu. Sebuah ekpedisi ke bumi IndoChina ketika itu dirancang oleh Kublai Khan. Terdapat dua buah kerajaan iaitu Dai-Viet milik bangsa Viet pada hari ini dan juga Champa milik orang Melayu.
Perang ini menyaksikan bagaimana Dai-Viet dan Champa yang sering berperang bersatu di bawah panji melawan sekurang-kurangnya 500 000 askar Mongol yang dihantar Kublai Khan untuk menawan bumi IndoChina ketika itu.
Dalam beberapa siri pertempuran sepanjang perang itu berlaku, Putera kerajaan Dai-Viet telah memimpin barisan askar campuran Viet-Champa. Tran Hung Dao dikatakan memimpin 300 000 orang askar campuran menghalau tentera manakala terdapat juga puluhan ribu askar Champa berkawal di kaki gunung, menunggu untuk memberi serangan mengejut ke atas armada Mongol yang akhirnya berjaya dihalau kembali ke tanah mereka.
Pada tahun 1281, menyaksikan Mongol masih belum menyerah kalah, maka dihantarnya 100 armada kapal untuk menjatuhkan Champa. Diceritakan bagaimana seorang panglima Mongol ketika itu yang bernama Sodu berjaya menawan kota Vijaya. Namun, tidak lama apabila askar-askar Mongol akhirnya berjaya dikalahkan kembali Champa melakukan teknik serangan gerilla melawan Mongol. Seperti biasa Mongol akhirnya tewas dalam pertempuran ini.
Apa Yang Patut Dikenangkan Melalui Champa?
Sejarah Champa yang gah pada awalnya dengan kegemilangannya akhirnya terpaksa merempat di bumi mereka sendiri, dihambat oleh para pendatang seperti Khmer, Viet dan Thai yang lari daripada China lalu menubuhkan kerajaan mereka di bumi Melayu seperti IndoChina.
Dulu, Champa ini gemilang. Zaman kegemilangannya menyaksikan Champa mengawal laluan perdagangan antar China dengan Kepulauan Melayu dan Kerajaan Islam Abbasiyyah.
Champa menyaksikan mereka menjadi seorang pembina yang agung. Mereka meninggalkan banyak candi-candi yang sungguh hebat binaan mereka. Candi My Son di Vietnam yang cukup mengangumkan para pengkaji sejarah. Bahkan tamadun ini sangat berbeza dengan saudara Melayu mereka yang lain yang tidak suka mencatat sejarah mereka. CHAMPA MENINGGALKAN KEPADA KITA 98 PRASASTI DALAM BAHASA MELAYU KUNO. 29 Prasasti di dalam dwi bahasa, bercampur antara bahasa Melayu kuno dengan Sanskrit. Bahkan Champa ini sebenarnya antara merupakan negeri Melayu yang terawal yang menerima Islam.
Namun, gemilangnya mereka sangat sadis kalau dikenangkan ketika mereka jatuh. Mereka dihambat oleh penjajah dan bangsa pendatang. Walaupun mereka pernah bangkit sebentar di bawah kepimpinan seorang putera bernama Cha Bo Nga, namun Cha Bo Ngar dibunuh oleh orang kanan dan kisah ini diabadikan dalam Syair Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abiddin di dalam syair itu merujuk kepada Cha Bo Ngar.
Apa-apa pun, kegemilangan tamadun ini ketika berdepan dengan Sui dan Mongol harus dipuji. Kisah bagaimana mereka mampu membuatkan Dinasti Han (ketika mula diasaskan), Dinasti Sui, Tang dan Mongol tunduk harus dikenang sebagai sebuah mercu tanda bahawa kita pernah maju dahulu, kenapa tidak sekarang? Sesungguhnya, kita adalah bangsa bertamadun. Bukannya bangsa yang bercawat sebelum berdirinya Melaka!
Sebaik saja bus kami menghentikan enjin...kami disambut oleh kanak-kanak riang..manakala penduduk kampung pula menunggu di masjid kampung Cham
Sedih lagi pilu hati yang melihat...kampung melayu cham ini adalah salah sebuah perkampungan islam di Cambodia...dimana rata-rata penduduknya hidup dalam keadaan daif..mereka bukan miskin...bukan tak berduit...tetapi daif...bagi aku maksud daif ni kategori nak makan pun susah sangat...
Kalau uols perasan dalam pictures atas ni apa yang pelik???
Kelihatan seorang budak lelaki memakai baju perempuan...sebab apa??? dia bukanlah seorang gay...bukanlah seorang kanak-kanak lembut...tetapi kerana ketidak adaan baju...memaksa mereka memakai apa yang ada...kalau uols nak tahu....kasut or selipar pun mereka takde ok!
Gambar diatas ni adalah gambar masjid di kampung Champa...dan gambar dibawah ni pula ialah sesi beramah mesra dengan penduduk kampung...walau pun bahasa membataskan..mereka sedaya upaya membuat kami faham..apatah lagi rata-rata penduduk kampung ni tidak tahu berbahasa inggeris
Gambar atas ni adalah gambar bangunan pra sekolah
Walaupun pensil sebatang.. gula sebiji, tetapi mereka sangat menghargai pemberian orang...aku rasa bersyukur sangat di malaysia. coz kadang-kadang jika dilihat anak-anak orang dalam kesusahan di malaysia sendiri agak senang mendapatkan bantuan dari badan-badan ngo, walaupun mendapatkan bantuan mereka masih boleh demand tinggi dan memilih...kadang-kadang ada yang tidak tahu bersyukur dengan pemberian yang diberi. Di malaysia, bagi pihak yang diberi bantuan, mereka masih boleh memilih barang jenis apa yang sesuai dengan kehendak dan kemahuan mereka...ini bezanya kesusahan orang di malaysia dan cambodia. bila difikir balik hati berasa sayu dan pilu...
SEBIJI GULA-GULA DAN NENEK
Teringat bila kami sedang membahagikan gula kepada kanak-kanak d kampung champa ni datang seorang nenek kepadaku...dan minta untuk dberikan sebiji gula-gula tersebut untuk dia rasa. Tiba-tiba aku rasa syahdu sangat-sangat..bayangkan seorang nenek yang bongkok tiga bangun dari posisi duduknya terbongkok-bongkok datang kepadaku dan datang hanya meminta sebiji gula...
tanpa banyak cerita aku terus bagi...kebetulan hanya tinggal sabiji saja lagi gula tersebut ditanganku..Alhamdulilah ada rezeki nenek tuh...sebaik je aku bagi gula-gula tersebut...nenek tu pun pegang tangan aku.aku pada mulanya ingatkan ingin bersalam-salaman biasa...tetapi aku sendiri menjadi terkejut kerana tiba-tiba dia salam dan mencium tanganku...menunjukkan bahawa betapa dia bersyukur dapat merasa sebiji gula-gula yang aku bagi tadi. tanpa diminta melinang air mata aku masa tuh...huhuhuh
cengeng gak kau yer shuq...huuuuuu.Yela gua pompuan ok ..punyai naluri hati nurani kemanusiaan...gua juga punya hati dan perasaan babe!
Gambar diatas ni adalah anak ustaz husin dimana kami menumpang makan tengahari dirumahnya.Haa dia ni kire educated sikit laa...coz terpelajar dan pandai speaking. yela mak pak ustaz mesti lah terjaga education anaknya ye dok....huhhuuu
Pada mulanya aku hengatkan takde penghuni rumah ni...sampai mak aku terlepas cakap..
"kesiannya rumah ni..ada orang ke tak lagi yang duduk? kandang kambing di malaysia lagi lawa dari rumah ni"
sekali tetiba keluar seorang nenek dari rumah tersebut mengalu-alukan kedatangan kami di kampungnya(menurut jurubahasa kami).Tanjat boboy! nasib la nenek tuh tak paham apa yang kami bualkan...huhuuuu maap nek..anak cucu tumpang lalu depan umah nek...ngeee =)
Tadaaa !!! inilah rumah ustaz husin imam masjid Kampung Cham yang kami menumpang untuk makan tengahari dirumahnya...
Alhamdulilah syukur dengan nikmat yang diberi...Moga ALLAH memberkati dan murahkan rezeki ustaz husin ni dan permudahkan dakwahnya.
Syukran Jazillan ustaz dengan makanan tengahari yang dijamukan =)
kat sini dapatlah aku merasa masakan Champa...masakan Champa ni ala-ala Chinese food gitu...sup sup dan tidak ada yang pedas..nasi nya pula nasi yang steaky ^_^
Mak aku tekezut apabila diberitahu tempat solat wanita berada di tingkat atas rumah ni...punyala tinggi makkk aii....tapi kalau uols nak tahu...rumah cambodia nih memang cenggini.tinggi-tinggi belako...kat bawah rumah siap boleh kau parking lori agi....hihihihi. tangganya pulak bukan macam tangga malaysia yang landai....tapi curam bebenor.aku tak sempat nak snap pictures tangga umah ustaz ni coz segan..hikhikhik.
jadi uols boleh tengok tangga rumah yang aku snap di gambar-gambar lain yer...huuuuu
Bersantai didepan rumah ustaz husin sambil menikmati air kelapa..original ok! without sugar..selalu beli pasar malam ada letak sugar je kan..so rasanya pun manis sugar je..tapi yang aku minum ni ori kemanisannya ya...
Sampai kami balik pun ada yang masih minta makanan dan duit untuk diberi...kesian sesangat...kedaifan hidup memaksa mereka...
tapi paling aku tak leh bla and nak menangis bila bus sudah meninggalkan kawasan masjid ni...dan lalui rumah-rumah yang terdapat di kampung tersebut aku sempat melihat seorang kanak-kanak yang memberi angpau dan makanan yang kami beri sebentar tadi pada ayahnya untuk ayahnya merasa makanan tersebut....sempat snap gambar nih..
Alangkah fahamnya anak kecil itu terhadap kesusahan ayahnya mencari sesuap nasi....kalau di malaysia jika anak sekecil itu mendapat angpau atau duit yang tak seberapa dari kami habis dicemikkan dan dicampak campakkan pemberian itu...malahan ibu bapa pula yang mengajar si anak supaya meminta lebih kepada si pemberi...ada ibu bapa yang siap cakap "macik tu bagi Seringgit je ke? kedekut betul"
Jadi jangan hairan la kalau kanak-kanak kecil datang raya belum sempat keluar rumah lagi sudah buka angpau, kemudian melihat jumlah wang yang diberi tidak seberapa lantas berkata anak kecil itu "kedekut la pacik ni bagi seringgit je? rumah besar kete besar tapi bagi seringgit".
alangkah tidak bersyukurnya di malaysia!!! ini salah dalam mendidik anak-anak.
Ingat itu bukan salah si kecil tersebut..tapi salah ibu bapa..kerana itulah hasil didikan yang ibu bapa beri...anak-anak juga adalah cermin pada ibu bapa..bagaimana mereka mendidik...begitu lah hasilnya...
Alhamdulilah...
nak berdakwah...?aku bukan pro..
nak mengajar? tak pandai..
inilah sikit dakwah dari segi akhlak yang aku dapat sumbangkan pada pembaca..
nak berdakwah...?aku bukan pro..
nak mengajar? tak pandai..
inilah sikit dakwah dari segi akhlak yang aku dapat sumbangkan pada pembaca..
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA...JANGAN MEMINTA MINTA JIKALAU TAHU ADA ORANG LAGI LAYAK MENDAPATKANNYA
Nampak cecomel je kanak-kanak Champa ni...macam yang uols baca sejarah Champa tadi...(itu pun kalau korang baca la sejarah panjang berjela yang aku post kat atas ni tadi) Champa ni ada keturunan cina..so jangan hairan la kalau muka dorang pan asia....chinese look. geram rasa nak bawa balik jadi adik angkat je..huhuhu ^_^
Gambar dibawah ni adalah pisang bakar yang dijual di kampung tersebut...Thanx to our Tour Guide Hanafi coz belanja kami makan pisang bakar nih :)
Gambar atas ni adalah RnR sepanjang kami meneruskan perjalanan ke Siem Reap. sangat koboi!!! kuikuikui diingatkan don't touch any food here...non halal woke..
kepada adik-adik...abang-abang...macik-macik..pacik-pacik yang penggemar fast food tuh...kfc,pizza hut,secret recepi pun non halal disini ok...sebab apa non halal??? kan dia francais? yela francais francais gak...tapi kalau makanan dah tak sembelih kau nak makan gak ker?? tu dah kira haram bro!
CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE
Perkampungan Budaya Kemboja ( CCV ) adalah sebuah taman tema dan muzium di Siem Reap , Ia terletak di jalan raya ke lapangan terbang, 6km dari bandar.
Taman ini tema telah dibina pada tahun 2001 dan dibuka kepada orang ramai pada 24 September 2003. Ia meliputi kawasan seluas 210,000 meter persegi. CCV membentangkan versi kecil bangunan bersejarah yang penting dan struktur, bersama-sama dengan adat tempatan. Terdapat sebelas kampung-kampung yang unik, yang mewakili warisan budaya yang pelbagai daripada sembilan belas kaum. Pada setiap kampung rumah-rumah kayu , ukiran , kemahiran lembut dalam batu, persembahan tradisional dalam gaya yang berbeza seperti : Tarian Apsara , persembahan etnik minoriti dari Timur Laut Kemboja, majlis perkahwinan tradisional , Circus , permainan popular, menari Merak, Acrobat , gajah menunjukkan, tinju, dan banyak lagi ...
Perkampungan Budaya Kemboja dianggap oleh sesetengah pihak sebagai " kitsch ", tetapi adalah popular dengan rakyat Kemboja dan pengunjung Asia yang lain. Ia termasuk sebuah muzium lilin memaparkan adegan dari budaya dan sejarah Kemboja.
Masa aku pergi dah malam and uols kena faham aku ni pergi under JAKIM..so tak mungkin la mereka-mereka and mereka ni nak melibatkan diri dalam permainan dan aktiviti yang terdapat dalam taman tema ini. Jadi sampai pun dah malam kami hanya masuk untuk menonton muzikal sejarah peperangan kemboja yang bernama "big theatre" ni serba sedikit mengenai teater yang dipersembahkan..aku pun tak berapa nak faham coz dia dalam bahasa cambodia...ada tour guide yang duk terang pun duduk sit jauh aku tak berapa nak dengar...ini la serba sedikit kisahnya....
"big theatre" ni adalah tempat di mana melaksanakan atau menunjukkan malam istimewa termasuk lebih daripada seratus penghibur, persembahan raja Jayavarman 7 adalah paling besar . show ini menyatakan pencerobohan negara lain terhadap Kemboja pada 1177 di kawasan Angkor wat. sehingga 1181 Jayavarman 7 mengetuai tentera untuk membebaskan wilayah dari penceroboh, negara Champa, dan kemudian dia mendapat kemenangan penuh. selepas itu, beliau mendapat mahkota dan pencapaian yang tidak dapat dilupakan beliau kekal memerintah Kemboja.
Sebaik je habis teater kami dibawa menuju ke restaurant muslim yang berdekatan..masing-masing perut sudah berkeroncong..jadi aku nak snap gambar pun tak ada mood...heheheh :)
Untuk next entry for Cambodia trip.. sila click link dibawah :
No comments:
Post a Comment