GRAND AMBASSADOR
186-54 2-ga Jangchung-dong
Jung-gu, Seoul 100-855, South Korea
Tel : 0082-22-270-3111
Atas ni ialah hotel yang aku stay di Seoul...iaitu Ambassador Hotel, Seoul...
bilik dia toksah cakap la...TERBAIK! 5* aku bagi!
Sementara nak tunggu yang lain aku dengan along aku bersama tour guide sempat lagi bersiar2 di kawasan sekitar hotel....that day aku pun tak berapa nak ingat.tapi yang pasti ada salah seorang dari group kami yang telah turun agak lewat dan menyebabkan timing masa kami dah lari.
p/s : Kerjasama dan Ketepatan masa amat diperlukan jika anda pergi vacation bersama
Travel Group.SEKIAN
masa aku jejalan kat sini sementara nak menunggu yang lain sempat merasa dedaun maple berguguran diatas kepala aku ni..tu la shuq jangan asyik nak merungut je...ada hikmah gak salah seorang dari group travel kami turun lambat.
kenapa aku cakap cenggini? yela kalau dia turun cepat macam orang lain, aku mesti tak merasa daun2 maple ni jatuh berguguran atas kepala aku.ngeee =)
(Sentiasa berfikiran Positif dan memaafkan orang lain)
Pada hari ini kami breakfast bubur bersama beberapa jenis laok...aku rasa memang makanan routine dorang orang korea kot makan bubur dipagi hari...tak silap aku takde ari yang terkecuali sepanjang aku kat sini mesti ada hidangan bubur masa breakfast.
oppa !! 당신은 무엇을하고 ??
haaa! dah datang lewat sampai kena panjat kau yer nak masuk sekolah punya pasal...kahkahakah ;p
ok Lepas breakfast je aku gerak ke kilang pembuatan kimchi..kilang ni terdiri daripada 4floor...
sebaik je masuk korang akan diberi penerangan atau taklimat oleh kakitangan kilang kimchi tersebut mengenai jenis2 kimchi yang terdapat di korea.
Apakah Kimchi??
Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur yang terdiri daripada hasil penapaian.ala kalau dalam melayu lebih kurang macam dibuat jeruk tuh...diletakkan garam dan dicuci..kemudian digaul dengan beberapa bahan dan diperam,disimpan lama kemudian baru dimakan. Semakin lama disimpan maka semakin sedaplah kimchi tu. (erggg tak lalu plak aku benda makanan yang simpan lama2 ni). (-_-")
biasanya sayur kimchi ni terdiri daripada sayur sawi putih dengan lobak. zaman dulu, kimchi diucapkan sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang berarti "sayuran yang direndam."
perghhhh baru aku tau beratus jenis kimchi yang terdapat di korea.selama ni yang aku taw sejenis kimchi je.itu pun kimchi yang aku tak suka coz terlalu masam.tapi bila dah taw and kat sana dia bagi rasa pelbagai jenis kimchi tuh baru la aku dah start jatuh cinta dengan kimchi.heheh!
tapi kimchi yang menjadi favourited aku ada lah dalam beberapa jenis..termasuk kimchi sotong.actually nama dia lain tapi main course dia sotong.hape kau hengat aku hafal nama2 kimchi yang kemain pelik lagi asing bagi aku yang orang melayu nih?
Lepas diberi penerangan, kami diberi peluang untuk cuba menghasilkan sejenis kimchi yang paling mudah dengan airtangan sendiri.
(Jangan salah faham ye, bimbingan resipi kimchi akan diberikan bagi menghasilkan rasa sebenar kimchi tanpa diolah mengikut tekak ak yang melayu ni) soo so00 MALAYY~ .
ade aku kesah??? dah memang aku malay pun kan.huuu ;p
Kimchi yang aku buat ni ialah radish kimchi .
Bahan-bahan :
Main course : radish/lobak
bawang putih (마늘, maneul)
cabai merah (빨간고추, ppalgangochu)
daun bawang (파, pa),
tiram (굴, gul) atau makanan laut lain,
garam (소금, sogeum),
gula (설탕, seoltang).
sos/kicap ikan
jahe cincang halus
#sudah sudah..kalau kau orang nak tau bahan atau cara membuat kimchi sila google sendiri tak pun kau tunggu la aku hupdate next entry bagi bahagian resipi kimchi ok!
Berpeluang merasa pelbagai jenis kimchi. Masa ni lah aku fall in love dengan kimchi sotong...huuu. then kalau korang nak beli kimchi yang terbaik pun boleh dibeli disini dengan harga yang berpatutan.
KEISTIMEWAAN KIMCHI
Kimchi dibuat dari berbagai jenis sayuran dan mempunyai kadar serat makanan yang tinggi, namun rendah kalori. Sebagian besar kimchi dibuat dari sayuran seperti bawang bombay, bawang putih, dan cabai yang baik untuk kesehatan. Kimchi kaya dengan vitamin A, thiamine (B1), riboflavin (B2), kalsium, zat besi, dan bakteri asam laktat yang baik untuk pencernaan. Pada tahun 2000, strain bakteri asam laktat (strain MT-1077T) penghasil bakteriosin yang diisolasi dari kimchi diberi nama Lactobacillus kimchi.
Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersehat di dunia" menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan kemungkinan dapat mencegah kanser. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesehatan, apalagi ditambah kultur bakteri hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Pemakaian cabai merah dalam jumlah banyak pada kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesehatan.
Hanbook
Ok, lepas dah penat lelah membuat kimchi sendiri.aku turun ke floor 2 untuk mencuba pakaian traditional korea iaitu "Hanbok".
terdapat pelbagai jenis hanbok yang disediakan mengikut kategori.kategori Hanbok yang aku pakai ni
Dang'ui (sebutan Korea: [daŋɯi]) adalah sejenis pakaian atas untuk wanita dalam Hanbok, pakaian tradisi Korea, yang dipakai untuk majlis-majlis istiadat semasa Dinasti Joseon. Ia telah dipakai sebagai pakaian rasmi. ok la tuh untung dia tak bagi hanbok bawahan atau pun hanbok orang yang sudah berkahwin macam sorang member travel aku dapat.hahahh pity her! jahat aku nih ;p
Lepas puas menggayakan Hanbok ni..aku trus turun ke
floor 1 iaitu ke bahagian souvenir dan kemudian bergerak untuk lunch dan solat zohor.
kat mana? aku tah hingat...yang sure dia sebuah shopping mall dan mempunyai surau yang sangat besar dan selesa.hihih
COSMETIC
Part yang paling ditunggu tunggu oleh kebanyakkan gugurlz pabila melangkah kebumi korea nih...4sure la shopping bahagian cosmetic !
elok je lepas makan tengahari, dalam bus..tour guide aku beri serba sedikit taklimat dan penerangan mengenai aktivity2 yang seterusnya selepas ini.Tidak kecuali zue iaitu tour guide aku memberikan serba sedikit tips untuk bershopping dan syorkan cosmetic apa yang lately and da vomm!
kalau korang nak tahu korea ni memang terkenal dengan penjagaan kulit dorang atau dikenali sebagai skincare. baik dengan cara traditional mahu pun moden kebiasaanya memang ternyata berkesan. Selain tu juga tour guide korea kami juga telah menyatakan 80% daripada penduduk korea kebanyakkan melakukan pembedahan plastic. tu pasal kau orang tengok orang korea ni kulit macam barbie je...rupanya plastic semata! huhh! tipah tertipu!
(tapi bukan semua ok...ada juga yang mengamalkan cara penjagaan traditional)
Tapi bagi personal opinion aku laa yang kurang ilmu dari segi surgeri ni. kalau dorang nak buat tak salah coz dorang non muslim.lain lah yang muslim tuh sesaja gatal nak buat plastic surgeri memang dah sah-sah haram la kan.saja nak mengubah ciptaan ALLAH.nape aku kata yang non muslim seperti orang korea ni tak salah kalau nak buat? kadang-kadang ia boleh bergantung pada keadaan.
As u know..korea adalah negara 4musim..dimana satu satu masa pabila tiba musim sejuk boleh sampai tahap sejuk beku waa cakap lu...so mereka memerlukan sesuatu yang boleh melindungi kulit dorang daripada kering mahu pun mengelupas dek kerana cuaca yang terlampau sejuk.
aku sendiri mengalami keadaan yang sama iaitu kulit kering mengelupas, padahal baru beberapa hari berada disana. salah seorang rakan travel ku mempunyai masalah yang sama tapi lebih dasat...kering mengelupas sampai luka.
so disini faham la aku kenapa mereka terkenal dengan produk skincare and plastic surgeri.maybe salah satu sebabnye yang aku cakap ni kot! faktor cuaca..hiikhik! mereka sentiasa memerlukan produk yang boleh melindungi kulit mereka.termasuklah membuat plastic surgeri.
Sebaik je bus berhenti kat depan gedung cosmetic 3 tingkat mata aku dah bersinar-sinar apatah lagi model di pintu masuk adalah Seohyun dari girl generation...grrrr~
unni....annyeongsayyo
ok kalau kau orang nak tau apa yang aku borong kat cosmetic outlet ni tunggu aku hupdate pic dalam entry yang sama ye! sekarang masa aku tak bape nak stabil lagi untuk melengkapkan bahan dalam entry inih
Lepas puas memborong produk skincare di outletnye, aku kemudian bergerak ke kilang Seeweed.kalau korang nak tau seeweed ni banyak manfaatnya.kat kilang seeweed ni terdapat pelbagai jenis flavor seeweed.kat malaysia aku belum jumpa lagi seeweed yang mem[punyai flavor.antara flavor favourited aku masa kat sini ialah curry seeweed and bbq seeweed...ya allah.sumpah sedap!!! walau pun pedas nak mamp0s tapi tetap aku tak bole behenti dari makan.
Selain seeweed, kat sini juga menjual pelbagai jenis junk food.aku ada gak beli beberapa jenis choc crunchy.tapi uols kena berhati2 ketika membeli...coz ada juga antara seeweed dan junkfood disini yang tidak halal dimakan oleh orang islam. Sekali lagi aku ulang...tidak halal ok...tidak halal....uols kena berhati2 ketika memilih. nak taw either halal or tak?? biasanya aku akan tengok ingredients.Tak pun biasanya sales gurl or tour guide korang akan guide apa yang boleh dan apa yang tak bole dibeli.
sempat rembat beberapa keping cd girl generation yang tiada keluaran di malaysia.hikhik ;p
Malam di Myeong-Dong
Diakhir kemuncak shopping aku kemudian diberhentikan di Myeong-dong untuk hentian shopping yang terakhir.
Myeong-Dong ni merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. kat sini terdapat banyak kedai baju dan kosmetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang.Penyeluk saku pun tak kurang ramainya. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setiap hari katanye tour guide korea aku tuh.
Keletihan setelah sampai di Hotel..hamik kau bape kali trip turun naik hotel amik barang dari bus.whoohoo!
times uP !! masa untuk berehat ;)
halamak halamak halamak korang mesti marah kan aku lambat hupdate picture kosmetik yang aku janjikan nak upload...ngeee=)
mintak ampun....mintak maap...sorry sesangat....
haa ni pictures nye
Kalau uols nak tahu apakah dan kegunaanya sila nantikan di next entry kore ayang bertajuk
"Korea Travel guide"
Next entry for Korea click Here
No comments:
Post a Comment