Monday, October 20, 2014

Roti Telur Cheese

Roti Telur Cheese

Assalamualaikum...haa uol mesti shocked giless kan shuq da lama menyepi and then tetibe update blog makanan pulak...kemaen rajin yer....hihihih

Actually kerajinan shuq ni atas dorongan masa terluang gak...disebab

FINALSEM BREAK ! 
The best thing that ever happened in student life ^.^
Memencenkan diri dr terlibat dgn benda2 busy cam Quiz...Assg...Test..projek dan sebagainya yang melibatkan  student thing bagai tuh , boleh la berlamaan skit dgn family ter chenta.
Dan ALLAH izin ke sekian kalinya . Alhamdulillah dapat juga nak update blog ni lagi..ingatkan nak stop for a year T_T sob sob sob feeling sedih.

ok without waste time...cni shuq nak share menu yang paling simple...budak standard 1 pun bole buat with their parent permission. Almaklum menggunakan dapur kan..haruslah dengan permission ibubapa. 
menu yang shuq nak share ialah Roti telur cheese...betul ke? ntah memandai je shuq bagi nama. what so ever la kan :p
menu ni aku rasa simple sangat-sangat...aku buat ni ilham daripada aku tinggal rumah sorang dalam keadaan hujan..nak keluar malas...nak masak setakat makan sorang macam tak berbaloi lak..so menu ni la yang aku hadapkan....ada roti...ada cheese...semua jalan.ngehngehnegh ^_^
ok jum tengok bahan and resepi yang simple aku cakap tuh ^_^

Bahan-bahan :

- Roti gardenia/dll
- Cheese/dll
- Telur (ikut kuantiti roti)
- Garam (ikut kuantiti telur)






Langkah-Langkah :

1.   Potong kulit tepi roti (ikut citarasa nak potong atau tidak)

2.   Letakkan sekeping cheese, kemudian kepilkan cheese dengan 
      sekeping roti yang lain.


3.   Pecahkan telur, masukkan setengah cubit garam kemudian 
      pukul telur menggunakan fork(garpu)

4.   Masukkan cheese yang sudah dikepilkan bersama roti kedalam 
      telur kemudian salut rata telur tersebut keseluruh bahagian roti.


5.   Kemudian goreng kedalam kuali.
      -boleh menggunakan minyak yang sedikit/tidak menggunakan
        minyak semasa menggoreng

DONE !!!
siap untuk dimakan



SELAMAT MENCUBA ! ^_^