Assalamualaikum.
Entry kali nie dibuat berdasarkan soalan2 yang selalu diaju dalam banyak akaun2 facebook. membuka mata shuq ramai rupanya yang berniat nak berhijrah tetapi terhalang oleh banyak faktor. Semoga Allah terus memberi kekuatan hati kepada kalian sahabat2 mahabbah fillah. Entry kali ini bukan nak bererti shuq nak tunjuk baik or shuq ni dah mmg terhijrah. bukan. shuq tengok balik experience kawan2 shuq *ayat skema* untuk bersama kita amik pengajaran n baca ikut mata hati. Begitu banyak kisah yang membuka mata, begitu banyak ujian yang ditempuh. Pahit tapi manis. yang pasti, setiap orang akan melalui fasa itu.
Entry kali nie dibuat berdasarkan soalan2 yang selalu diaju dalam banyak akaun2 facebook. membuka mata shuq ramai rupanya yang berniat nak berhijrah tetapi terhalang oleh banyak faktor. Semoga Allah terus memberi kekuatan hati kepada kalian sahabat2 mahabbah fillah. Entry kali ini bukan nak bererti shuq nak tunjuk baik or shuq ni dah mmg terhijrah. bukan. shuq tengok balik experience kawan2 shuq *ayat skema* untuk bersama kita amik pengajaran n baca ikut mata hati. Begitu banyak kisah yang membuka mata, begitu banyak ujian yang ditempuh. Pahit tapi manis. yang pasti, setiap orang akan melalui fasa itu.
Masa2 sukar camni, sungguh2 lah si hamba Allah yang ingin berhijrah mencari2 panduan, mencari2 kekuatan hati, mencari semangat yang hampir tumpul diasak pendapat negatif sekeliling setiap hari.
Hijrah? Tips Untuk Terus Kuat
Langkah Awal Penghijrahan
1) Mula menutup aurat dengan sempurna,
Melabuhkan tudung, mengenakan sarung tangan and memakai sarung kaki. Memang banyak dugaannya.ada orang berpandangan bila bertudung sempurna/labuh ni memerlukan ilmu.Hanya orang yang berilmu agama tinggi sahaja boleh jaga aurat dengan sempurna. That's why dia tak berhijab atau tak berhijab dengan sempurna sebab tiada ilmu yang tinggi dalam agama. Totally WRONG! Itu bukan alasan.Tetapi, InshaAllah bila dah ada ilmu kita tahu kenapa kita perlu memakai tudung labuh lepas tu kita akan rasa bestnya pakai tudung dengan sempurna bukan sebab nak pakai saje tetapi kita ada ilmu.That's why membaca bahan ilmiah itu penting. bila orang tanya kenapa perlu berhijab dengan sempurna, kita dah bersedia untuk menjawabnya ^_^ Mungkin pada mulanya ada juga yang mengata itu ini. Tapi perlu diabaikan.terus berjalan pandang ke hadapan tanpa menoleh. Anda perlukan perubahan bagi diri anda. Perubahan yang baik. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri anda. Yang membawa anda menuju Allah.
2) Mula menyempurnakan solat fardhu,
Bagi anda yang sebelum ni banyak meninggalkan solat fardhu,cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan asas yang paling wajib tu. Perbetulkan bacaan serta pergerakannya. Ibadah sunat juga perlu banyak lakukan. Kemudian berusaha solat diawal waktu.
3) Mendengar nasyid serta zikir.
Lagu-lagu yang lagha semua perlu dikurangkan atau ‘delete’ daripada ‘playlist’ telefon atau sebarang gajet. Gambar-gambar yang tidak menutup aurat sempurna di media sosial perlu ‘delete’. Begitu juga status-status yang lagha.
4) Cari atau berdamping dengan sahabat yang soleh,
Agar dapat membimbing kita kejalan Allah dan boleh menegur ketika kita melakukan perkara lagha.ingat ! sahabat begini penting dalam proses tarbiyah dan hijrah diri.Positif or muhasabahkan diri apabila menerima pandangan negatif daripada kawan yang negatif. Jangan mudah lemah semangat apabila perubahan baik yang kita buat dicaci dihina biarpun akan kehilangannya.
5) Cari suasana ilmu dan tarbiyah,
Mula berjinak-jinak dengan majlis ilmu agar hati sentiasa terdidik bersemangat dalam bara penghijrahan dan istiqamah melakukannya. Kurangkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat.
6) Banyakkan bacaan ilmiah
Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dari ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah.
Kemudian, bagaimana pula dengan Tips Untuk Terus Kuat ??
Hijrah? Tips Untuk Terus Kuat
1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!
Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.
2)Doa senjata mukmin.
Yang ni memang takboleh tinggal. Pantang 7 keturunan mak jemah. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman...
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.
3)Sahabat yang soleh
Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua dsekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besar macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik and mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)
4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.
Memang kita pun ada limit masa and selalu sibuk. Student kena study, pekerja kena kerja( umm, memanglah ==’’) Tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekat. kawan shuq pernah kata Kalau Taman2 Syurga di dunia pun kita xsudi pergi,(majlis ilmu) kenapa berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah.Kerana pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak2 mengalahkan badai ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi kaw2 lagi suasana, cari suntikan semangat, cari ilmu and info semasa. Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Baru cek2 free x masa tu. Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ and diteruskan dengan alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor segan, x biasa, x berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan terhadap sesuatu benda mengatasi segala factor yg boleh menghalang. Hoh :p
5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!
Ada yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “sy tidak punya sahabat soleh untuk bantu sy..sy hanya bergantung kepada internet, facebook.’’ Respon shuq.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalo dulu suka dengar korea apa kata tuka dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan pengajaran dalam tu. Cari suasana. Kalo dulu facebook asyik ckp sal nak makan kat kfc, dan update hari nie aku saket, bubuh gambar muka pilih yg paling nmpak fotogenik ngan caption 'no edit',buka laman lain tengok 9gag je memanjang cr ilham nk troll org apakata p skodeng fanpage dakwah. Sana banyak je tarbiyah santai. Subscribe banyak2, so home anda xlah penuh ngan benda2 mngarot.nie asyik2 update p keyell, asyik2 update nk p keyell :P
6) Banyakkan bacaan2 ilmiah
Yang nie penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dah kena suh membaca. Takkan kita nie umat x maksum xnak baca pulak? Rajin2 kan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak save duit pun leh jenguk2 blog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna cara betol or x. Awal kunci ilmu adalah baca.. jangan lupa ye awak.kalau ye pun tengah semangat nak beribadah kena cek jugak. Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dari ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah
7) Tidak bertangguh
Yang niee raaaaaamai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dah menangis2 nak taubat dan berubah, esoknya hidup dlm cara yang sama jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalo nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari nie taubat nak tutup aurat, esok patutnya dah start cari tudung nak test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan x pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita.syaitan x pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dah suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line and buat macam tempat nie bapak dia punye.Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Kompiden bebeno Allah bagi kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.
8) Belajar dan mengajar
Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah and suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan sentuhan jiwa.Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang leh bawak masuk kubur x putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dari lisan kita sendiri. Disini juga kita boleh nampak manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh!
9) Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku taknak jadi jahil..macam kawan2 aku..’’
Okay, kalo benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie, adalah begitu tidak nice sgt untuk mengatakan balik2 statement ‘’kawan aku jahat..aku nak jadi baik..’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita once kita dah terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang memegang hati2 kita lebih tahu siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu adalah Dia.Kita nie sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi. Menegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2 kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia nie naik turun.kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita x tahu esok, siapa sangka kwn kita tu lag better dari kita..?
10) ISTIQAMAH
Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagi didalam suasana beragama, dah tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mencari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada sesuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :)
setakat nie, nie jelah yang shuq boleh kongsikan n pengalaman dari diri sendiri, Ilmu pinjam dari Allah, Khilaf datang dari diri shuq sendiri. anda, anda, anda yang tengah berhijrah yang tengah mmbaca post ini. Anda hamba Allah yg sangat kuat. Allah sedang mengintai anda merintih, mengintai anda dlm keadaan anda pedih.. Rintihan dan pengaduan yang Tuhanmu rindu2 kan itu. Manisnya terlalu manis. Bila kita berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. semoga Allah menguatkan hati anda, moga post ini sedikit sebanyak dpt mmberi kekuatan hati. Uhibbuki Fillah. Shuq juga doakan kalian yang lain disapa oleh hidayahNya. Doakan shuq juga supaya terus istiqamah. Wassalam
"... Apa yg ditinggalkan kerana ALLAH , pasti bertemu kemanisan . Apa yang dilakukan kerana ALLAH , pasti bertemu ganjaran ..."
# ISBIR YA QALB . Mudah-mudahan :')
Terima kasih atas tipsnya..masih berusaha..sangat susah..tapi kena cuba kan..
ReplyDeleteterima kaseh..pernah berubah tapi terjatuh kembali..masih berusaha lgi utk berubah
ReplyDeleteassalamualaikum...saya pengen berhijrah tapi lingkungan saya kurang mendukung...bisa minta tips yang lebih spesifik buat saya?..
ReplyDeleteTerima kasih atas tips nya..
ReplyDeleteSmoga kita bisa brusaha brubah ke jalan yg bnar.. Amin
assalamualaikum, pertama sekali terima kasih atas perkongsian ini. yang kedua, mohon izin untuk disharekan tips ini.yang ketiga, minta dihalalkan perkongsian ini untuk disharekan😊
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDelete