Thursday, August 29, 2013

PadangWestSumatera(Part2)


2nd Day


Breakfast

Pada hari kedua ni pulak ak dibawa untuk melawat ke Muzium  yang merupakan salah seorang ulama besar yang berasal dari Tasik Maninjau.untuk makluman korang korang dan korang....nak naik ke muzium hamka ni mengambil masa lebih kurang 40min...dan ia bukan lah melalui jalan biasa.tap jalan ke atas ala-ala bukit putus...bukit putus ye....bezanya bukit putus likunya hanya mempunyai beberapa liku saje.tap kalau hendak ke muzium hamka ni ak terpaksa melalui 44 liku macam..kau bayangkan jela...lihat bawah dah sungai yang SubhanaALLAH cantik! then hanya ada satu laluan sahaja.kalau ada setiap sampai selekoh liku kenderaan haruslah membunyikan hon bagi menandakan kedatangan kenderaan yang dipandu memasing.selain tu juga ia menyediakan cermin balikan bagi memudahkan pemandu melihat pemandu lain yang datang dari arah bertentangan.
masa naik tu sepanjang jalan ak berzikir je baiiii..bukit putus pun x mcmni.mencabar!!

 dalam on the way naik kami Kemudian ke Bukittinggi dan berhenti melihat Keindahan Panorama Sungai Landai. gyla cantik aku cakap! x tak caya?? sila scroll n tengok pic pic yang ak sempat snap bawah ni.

View dari atas, Keindahan Panorama Sungai Landai

Setibanya di Muzium Buya Hamka

aku pelik zaman dulu kan mana ada jalan cecantik macam sekarang..tap macamana orang dulu macam Buya Hamka ni boleh sampai ke atas ni tanpa kenderaan? padahal aku yang naik kenderaan ke atas ni pun dah macam nak pitam [-__-"] ???


Sungai Landai
minum dulu sambil menikmati view dari atas

nak jugak market :p

Setibanya di Bukittinggi makan tenghari di restoren tempatan, lepas tu aku dibawa melihat pemandangan ngarai sionok, terowong Jepun, Jam Gadang dan membeli belah di Pasar Atas Bukittinggi. (sape yang rasa nak feeling feeling romantik boleh la datang ke sini iaitu di jam gadang ok...selain bole jimatkan kos kena pergi Paris). Pada petangnya pulak dibawa pulang ke hotel dan selepas makan malam di restoren tempatan acara bebas.



Jam Gadang

Dua-dua ni teman gado aku.takde dorang boring ooO
Depan Jam Gadang
P/s : Awas bila uols datang kesini berhati2 dengan penyeluk saku. bole jad kanak2 juga penyeluknya. plus kalau korag nampak replika kartun macam dalam pic aku ni awas...coz korang akan dikenakan charges untuk mengambil sekeping gambar.lepas tu dia bole panggil geng2 dy plak...macam yang ak kena.ceiittt!! dengan budak kecik pun kne tipooO boooO~


Dah macam kat melaka aku rasa coz kat sini
memang banyak beca

Pasar

aku jugak dibawa  ke Batu Sangkar dan singgah ke sulaman Hj. Rosma, Kilang pembuatan kopi. Selepas makan tengahari di restoren tempatan ak meneruskan perjalanan ke Istana Putri Selindung Bulan dan meneruskan perjalanan ke Tasik Singkarak yang merupakan Tasik Terbesar di Sumatera Barat dan Pantai Sikek Putri Minang. Tiba di Bukittinggi di sebelah petang.

Sulaman Hj Rosma

Tempat ak lunch 
kalau korang nak taw aku rasa bez gylaa wooo dapat lunch ditepi sawah selain restorennya yang berada di atas air...sambil dikelilingi ikan, angsa dan pokok buah-buahan. siyes suasana kampong habis!! sambil kita makan bole amal jariah bagi ikan makan.

kalau korang nak taw...setiap sisa makanan dari customer ni mereka tidak sia-siakan begitu saja.tap mereka akan terus buang ke dalam air sekitarnya kerana ia akan menjadi makanan ikan-ikan talapia yang berada di dalam kolam sekitar restoren. ak tengok sendiri woo00. 
(dalam ati tedetik : bagus betul indon ni mereka xsia-siakan rezeki yang ada, disamping dapat share makanan dengan makhluk ALLAH yang lain)



Map yang disediakan bagi kemudahan pelawat
sebelum masuk ke terowong Japang



1.   sebelum masuk kami diberi penerangan mengenai sejarah terowong
2.   bergambar di pintu masuk
3.   suasana dalam terowong
4.   tempat pemenggalan kepala
5.   pintu keluar 


Kilang Pembuatan kopi dan teh fresh terbaik dari ladang
sambil disajikan  dengan pisang dan kuih panas 


Istana Minangkabau

Pandai Sikek Putri Minang

muka penat selepas seharian berjalan

Piring tv...takde lagi besar ke bang :p

selama ni ak tengok dalam facebook and internet je.
tap now real depan mata aku ruma
selangkah je dah  rail ketapi plus ada yang meniaga atas landasan

Say good bye T_T
Bajet untuk ke Padang Bukit tinggi ni murah je memandangkan aku book AirAsia tym promotion then aku cari pakej travel agent plak masa matta fair. so ongkos kesemuanya ialah :

Flight AirAsia Return : RM 100
Pakej : RM 450 per pack (4 ari 3 malam)  merangkumi
http://syifatourandtravel.blogspot.com/#

Hotel
Makan : Breakfast + Lunch + Dinner
Transport
Lawatan

Total : RM 550

Sooo cheap kannn! =)

Note : As usual...shopping sila asingkan duit lain ya!

SEE YOU AT THE NEXT ENTRY!

 still dalam topic yang sama iaitu vacation...
The next entry : (KOREA) Auntum In My Heart



1 comment:

  1. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    ReplyDelete