BOARDING TO KOREA
Aku actually blur..kekangan masa. Tak tau macam mana nak siapkan entry korea ni secepat mungkin dengan info yang menarik dan tetarik tanpa memerlukan banyak masa.. Tak tau macam mana nak combine pengalaman yang ak lalui masa kat korea ritu..so aku bagikan cerita trip aku ke korea kepada beberapa entry mengikut tempat yang aku pergi.. Tensen pulak rasanya bila nak hupdate blog ni.exam dah xlama ag shuqi oiiii T_T tap tym2 ni lah kau semangat nak hupdate belog yer..huhh!! [-__-"]
nak wat camne kan...tym ni jela idea sampai.
Ok guys aku pergi 9 hari 8 malam. Jangan harap la nak buat 1-2 entry jer. Memang tak la kan...
so aku pergi mengikut flight Korean Air...then Travel agent lak aku pkai Apple travel agency.korang boleh search kat sini
As usual kalau korang tanya mana aku dapat travel agent ni?? dengan bangganya aku jawab "MATTA FAIR!! matta fair matta fair!! " hahah! yela kan aku dah cakap aku ni kalau pegi holiday bukan seske hati je walk in...hape kau ingat aku duit bekepuk ke nak walk in. so ak kne tunggu promotion dulu.
tapi....tapi...tapi kan...kali ni berbeza dengan trip ak yang lain.apa bezanya?? coz ak still pkai matta fair. so apa bezanya?? ok bezanya ialah aku tak perlu tunggu flight AirAsiaX buat promotion.coz pakej yang haku pegi ni dah skali dengan flight. ntah knape tetbe kali ni ke korea ak bermurah hati nak keluar duit lebih cikit kan....
yelaa perjalanan jauh..lebih kurang 6jam then pegi pun negara yang jauh. so terasa rugi kalau dalam percutian tu kita kurang keselesaan.
Trip yang aku pegi ni dengan pakej Apple travel yang berharga RM5800( 9hari 8 malam) per person. mak nyahhhh knapa mahal shuqi? coz selalu tengok ada gak yang sama jumlah hari tap baru herge 3k++ je???
ok jawapannya disini...korang jangan salah paham...sebb apa jad 5k++??? coz macam aku tegaskan tad..kalau nak bejalan jaoh...tak berbaloi setakat pegi 5 6 ari je pastu dari segi accommodation plak tak selesa. so aku sanggup lebihkan duit untuk perjalanan yang jaoh dengan keadaan yang selesa. baru berbaloi-baloi waaa cakap luuu...
snang citer aku amik pakej vip.(upPss tinkiuuu pd yg sponsor oke!)
so puas hati korang! dari tad duk bsing kata mahal!
Get Ready for Boarding to Korea |
0k untuk pengetahuan y0u guys...ak bertolak pada 10 Nov 2012...bersamaan dengan sehari selepas tarikh keramat ak dengan mnaiki pesawat KoreanAir jam 10.50 malam. sangat sesuai tym to sleep woo00.so takde lah trasa sangat jaoh n lama dalam flight kalau masa diisi dengan tido. elok lepas ak tejaga je steawardess tanya aku nak makan apa.
Note : Tap bila memilih makanan dalam flight KoreanAir korang kne hati2...coz tak semua HALAL. hanya beberapa menu sahaja yang dibenarkan oder oleh orang muslim dalam flight ni. tapi kebiasaannya b4 kita naik, dekat sit kita dah ada tampal steaker muslim jika penumpang yang duduk sit tu muslim.ini bagi memudahkan kerja pengagihan makanan dan menghormati sensitiviti agama lain.
## Diingatkan korang kalau minta makanan tu bia nyata lag jelas pada stwrdess tu.coz nama je stwrdess tapi English dorang still out.dorg agk susa kalau nak faham english.sama juga mcm kita yang susa dan kurang jelas dengan pelat korean mereka.
kalau korang bernasib baik masa naik KoreanAir ni dy akan bagi dessert aiskrim.tap kalau xbernasib baik...mereka hanya beri buah sahaja.tap eskem dy aku cakap mmg sedapp gylaa woii! feeling feeling Baskin Robbin plak! nyum! love it! <3
Supper |
Terbaik!!! Starter with Dessert Peanut & Strawberry cheese ice creame |
View Seoul Airport |
Sebaik je landing airport seoul...ak djemput tour guide dari korea yang bernama ?? ntah ak xingat lol ;p
kmudian ak dibawa bersiar dengan menaiki tour bus disekitar seoul dan akhirnya kami menyinggah di muzium dan istana Gyeoungbok di tengah2 seoul sementara menunggu flight ke Jeju Island pula.
National Folk Museum
Di pintu hadapan Istana Gyeongbok |
Masa aku datang ni kebetulan tengah berlangsung upacara pertukaran pengawal istana.kalau korang bernasib baik korang dapat menyaksikan acara ini.
Harga bagi tiket masuk ke Gyeongbokgung palace ni adalah 2400won
Harga bagi tiket masuk ke Gyeongbokgung palace ni adalah 2400won
BEWARE !! diingatkan jangan gila bayang plak pada pengawal2 istana ni.coz muka diaorang pun memang stok artis korea ok!
Penguin Style |
Autumn in my heart...
Salah satu gambar dalam muzium korea |
Setelah berhujan..ni laa penangannya.
masuk2 restoren je semua duk pegang bekas nasi yang besi tu nak dapatkan haba.korang jangan terkejut plak kalau dihindangkan set sebegini untuk dikongsi bersama 4 orang.
Untuk pengetahuan uols uols dan uols....orang korea ni sangat mementingkan kesihatan.mereka jarang makan makanan yang berminyak dan berempah.kebanyakkan makanan mereka terdiri dari sayur-sayuran.so bila pergi sana surely masuk 3ari kita nak cari makanan malaysia, jadi jika ada yang berhajat untuk kesini sila bawa makanan yang secukupnya ya!
ok..tyms up!!! Let go to Jeju!
Aceceh acting lebey je shuq ni kan! |
Sebaik sampai dijeju kami dibawa bersiar2 sekitar jeju dan kemudian dibawa ke satu tempat yang ak sendiri tak sangka bole jejak,.iaitu salah satu keajaiban didunia...
Mysterious road
juga dikenali sebagai Dokkaebi Road, terletak di atas bukit di kaki gunung,ia menghubungkan dua lebuh raya utama di Pulau Jejudo. Ia telah mendapat namanya kerana tarikan graviti.
Tarikan graviti Mysterious Road unik kerana sepanjang hampir 1 kilometer pada sebuah kawasan berbukit itu mempunyai daya tarikan graviti yang sangat kuat di mana ia boleh menggerakkan sesuatu benda di atas jalan tersebut dengan secara sendirinya.
Bayangkan sebuah bas yang dimatikan enjinnya dengan membawa 40 penumpang mampu bergerak dengan sendirinya mendaki Mysterious Road biarpun secara perlahan-lahan.dan inilah juga pengalaman yang ak lalui masa dalam bus melalui jalan itu.
Mysterious Road
Thanx for reading this entry!!
aku janji entry lepas ni akan dipenuhi dengan lebih banyak gambar dan info semasa aku berada di KOREA!
Next entry for Korea click Here
No comments:
Post a Comment