Thursday, August 29, 2013

PadangWestSumatera(Part2)


2nd Day


Breakfast

Pada hari kedua ni pulak ak dibawa untuk melawat ke Muzium  yang merupakan salah seorang ulama besar yang berasal dari Tasik Maninjau.untuk makluman korang korang dan korang....nak naik ke muzium hamka ni mengambil masa lebih kurang 40min...dan ia bukan lah melalui jalan biasa.tap jalan ke atas ala-ala bukit putus...bukit putus ye....bezanya bukit putus likunya hanya mempunyai beberapa liku saje.tap kalau hendak ke muzium hamka ni ak terpaksa melalui 44 liku macam..kau bayangkan jela...lihat bawah dah sungai yang SubhanaALLAH cantik! then hanya ada satu laluan sahaja.kalau ada setiap sampai selekoh liku kenderaan haruslah membunyikan hon bagi menandakan kedatangan kenderaan yang dipandu memasing.selain tu juga ia menyediakan cermin balikan bagi memudahkan pemandu melihat pemandu lain yang datang dari arah bertentangan.
masa naik tu sepanjang jalan ak berzikir je baiiii..bukit putus pun x mcmni.mencabar!!

 dalam on the way naik kami Kemudian ke Bukittinggi dan berhenti melihat Keindahan Panorama Sungai Landai. gyla cantik aku cakap! x tak caya?? sila scroll n tengok pic pic yang ak sempat snap bawah ni.

View dari atas, Keindahan Panorama Sungai Landai

Setibanya di Muzium Buya Hamka

aku pelik zaman dulu kan mana ada jalan cecantik macam sekarang..tap macamana orang dulu macam Buya Hamka ni boleh sampai ke atas ni tanpa kenderaan? padahal aku yang naik kenderaan ke atas ni pun dah macam nak pitam [-__-"] ???


Sungai Landai
minum dulu sambil menikmati view dari atas

nak jugak market :p

Setibanya di Bukittinggi makan tenghari di restoren tempatan, lepas tu aku dibawa melihat pemandangan ngarai sionok, terowong Jepun, Jam Gadang dan membeli belah di Pasar Atas Bukittinggi. (sape yang rasa nak feeling feeling romantik boleh la datang ke sini iaitu di jam gadang ok...selain bole jimatkan kos kena pergi Paris). Pada petangnya pulak dibawa pulang ke hotel dan selepas makan malam di restoren tempatan acara bebas.



Jam Gadang

Dua-dua ni teman gado aku.takde dorang boring ooO
Depan Jam Gadang
P/s : Awas bila uols datang kesini berhati2 dengan penyeluk saku. bole jad kanak2 juga penyeluknya. plus kalau korag nampak replika kartun macam dalam pic aku ni awas...coz korang akan dikenakan charges untuk mengambil sekeping gambar.lepas tu dia bole panggil geng2 dy plak...macam yang ak kena.ceiittt!! dengan budak kecik pun kne tipooO boooO~


Dah macam kat melaka aku rasa coz kat sini
memang banyak beca

Pasar

aku jugak dibawa  ke Batu Sangkar dan singgah ke sulaman Hj. Rosma, Kilang pembuatan kopi. Selepas makan tengahari di restoren tempatan ak meneruskan perjalanan ke Istana Putri Selindung Bulan dan meneruskan perjalanan ke Tasik Singkarak yang merupakan Tasik Terbesar di Sumatera Barat dan Pantai Sikek Putri Minang. Tiba di Bukittinggi di sebelah petang.

Sulaman Hj Rosma

Tempat ak lunch 
kalau korang nak taw aku rasa bez gylaa wooo dapat lunch ditepi sawah selain restorennya yang berada di atas air...sambil dikelilingi ikan, angsa dan pokok buah-buahan. siyes suasana kampong habis!! sambil kita makan bole amal jariah bagi ikan makan.

kalau korang nak taw...setiap sisa makanan dari customer ni mereka tidak sia-siakan begitu saja.tap mereka akan terus buang ke dalam air sekitarnya kerana ia akan menjadi makanan ikan-ikan talapia yang berada di dalam kolam sekitar restoren. ak tengok sendiri woo00. 
(dalam ati tedetik : bagus betul indon ni mereka xsia-siakan rezeki yang ada, disamping dapat share makanan dengan makhluk ALLAH yang lain)



Map yang disediakan bagi kemudahan pelawat
sebelum masuk ke terowong Japang



1.   sebelum masuk kami diberi penerangan mengenai sejarah terowong
2.   bergambar di pintu masuk
3.   suasana dalam terowong
4.   tempat pemenggalan kepala
5.   pintu keluar 


Kilang Pembuatan kopi dan teh fresh terbaik dari ladang
sambil disajikan  dengan pisang dan kuih panas 


Istana Minangkabau

Pandai Sikek Putri Minang

muka penat selepas seharian berjalan

Piring tv...takde lagi besar ke bang :p

selama ni ak tengok dalam facebook and internet je.
tap now real depan mata aku ruma
selangkah je dah  rail ketapi plus ada yang meniaga atas landasan

Say good bye T_T
Bajet untuk ke Padang Bukit tinggi ni murah je memandangkan aku book AirAsia tym promotion then aku cari pakej travel agent plak masa matta fair. so ongkos kesemuanya ialah :

Flight AirAsia Return : RM 100
Pakej : RM 450 per pack (4 ari 3 malam)  merangkumi
http://syifatourandtravel.blogspot.com/#

Hotel
Makan : Breakfast + Lunch + Dinner
Transport
Lawatan

Total : RM 550

Sooo cheap kannn! =)

Note : As usual...shopping sila asingkan duit lain ya!

SEE YOU AT THE NEXT ENTRY!

 still dalam topic yang sama iaitu vacation...
The next entry : (KOREA) Auntum In My Heart



PadangWestSumatera (Part1)

Assalamualaikum...


Entry ak yang ke-3 kali ni still about Vacation...ntahlah asyik vacation je...korang mesti boring kan..haaa dulik apa aku.ni blog aku...ske ati aku la nak topic apa pun.Ye dok...ngeee gurau je.
So kali ni i'am still talk about Indonesia...why la Indonesia je kan shuqi ni...dah tade negara lain ke dia boleh pegi. asyik asyik dan asyik INDON je kan...Then untuk pengetahuan korang aku terus terang je kat sini.ak ni kan kalau pegi vacation mana pun bukan walk in je.tap aku tunggu air asia n matta fair buat sale taw! so pegi pun negara yang budget la kan kalau dah namanya pun tunggu sale.hahah!

Then kali ni aku pergi ke Bukit tinggi, Padang West Sumatera...mesti korang pelik kan kenapa la shuqi ni selalu pergi vacation tempat yang pelik-pelik n tak brapa nak pemes...kan kan  btol x btol x aku cakap kaorang mesti pikir cenggitu. ok laa...nak taw sangat apa yang ada kat bukit tinggi padang ni kan...


Menara Jam Gadang, ala-ala Eifel Tower gituu

Bukit tinggi ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Padang West sumatera...kalau cuaca tu ala-ala genting highland gituu...nyaman...tak tercemar dan indah dengan bukit bukau....selain itu jugak bukit tinggi Padang ni adalah the best place for shopping other than Bandung.
Orang kalau datang Bandung ni biasanya nak shopping. I tell you what, kalau korang rasa Bandung da murah, sebenarnya bukit tinggi padang ni lagi murah. coz semua asal usul barangan kain yang dijual di bandung itu adalah buatan bukit tinggi padang sendiri yang kemudiannya dibawa dan dijual dibandung. Lately ni sebab bandung dah makin famous, maka orang tidak mengenali Padang. so dah alang2 

menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan (-_-').
bila lagi kan nak shopping obersi bawak duit bejuta-juta hihi



so kalau nak taw lebih lanjut boleh la tengok-tengok pic yang haku upload nih :)

On the way dari Airport Tabing, Padang  menuju ke Bukit Tinggi
Untuk makluman korang ak pergi dengan family aku 6 orang kesemuanya..bila sampai airport kami dijemput oleh tour guide dengan menaiki MPV  yang telah di hire oleh kami semasa matta fair...siap nak mention "matta fair" ag.ahhah! ok ni link travel yang aku amik masa ke sini


Air Terjun Lembah anai
Dalam on the way kami menaiki Bukit Tinggi, kami sempat singgah Air Terjun Anai di kaki bukit Bukit Tinggi..mengikut kepercayaan orang disini..air terjun ini elok untuk mengubati sebarang penyakit terutama penyakit kulit. kesahihannya tak dapet dek nak nolongnyo....(tak pasti) hehhe.

Air terjun

Lupa nak kasi taw korang..sebelum korang nak sampai ke Air terjun ni...haruslah mendaki dan menurun bukit dulu dengan menggunakan kaki ok...diulangi dengan menggunakan kaki...kenderaan tidak dibenarkan plus jalan kesana sememangnya teramatlah kecil.hanya boleh memnuatkan 3 orang dalam satu laluan.


Teman gado, Aku dengan Along

Lunch
Lepas penat lelah kami mendaki bukit untuk ke air terjun Anai..kami dibawa tour guide menuju ke Rumah makan....upS makan pun ada rumah ker??? actually kat Indonesia tak dipanggil restoren...tap rumah makan. Apa yang Special nya makanan kat sini?? aduhhh lagi mau tanya ka?? dah alang2 ak ada kat padang ni...masa ni lah aku ambil peluang untuk merasai nasi padang yang sebenar...ori ok!
tap satu je kelemahan family aku bila tiap kali masa makan....xkire lunch or dinner...kat sini pemes ikan talapia...so tiap kali waktu makan wajib mesti ada ikan ni...family aku ni tak makan ikan sungai.jadi kami akan ketepi kan ikan tu dan makan lauk yang lain.


Antara menu nasi padang yang dihidangkan




P/s : diingatkan jika uols ni jenis makan yang memilih ini tak bole, itu tak bole...sila-sila kan lah inform awal2 pada tour guide korang supaya mereka dapat urus dengan lebih teratur.

kalau korang nak taw even bukit tinggi ni kawasan bebukit.tap kalau korang pergi sendiri tengok rumah penduduk bukit tinggi ni mesti rumahnya atas air...maksud ak atas air kat sini ialah rumah ala-ala bajau laut ala yang kat sabah tu....dikelilingi air.bezanya kalau kat sabah tu kompom2 laa rumah atas laut..tap kalau di bukit tinggi ni rumah atas kolam...
kolam tu plak tak dibiarkan sia2...mereka menternak ikan talapia..selain tu jugak kawasan rumah mereka ditanam dengan sayur-sayuran...Damai je tengok :)

Rumah Kebudayaan Minangkabau
Setelah isi perut kami dibawa tour guide ke rumah kebudayaan masyarakat padang iaitu rumah minangkabau.kalau korang perasan dinegeri sembilan jugak ada ruma ni. Pengaruh Minangkabau ni sampai di Negeri Sembilan dan budaya nya kekal sehingga ari ni. kami juga disajikan dengan persembahan asal usul minangkabau semasa berada di rumah ni

Leka mendengar cerita mengenai asal usul padang

bergambar sebelum pulang ke hotel
rumah minangkabau ni jugak menyediakan pakej bergambar bagi pasangan pengantin.banyak pakaian traditional orang minang disediakan bagi pelawat yang ingin mencuba.uPPs lupa, camera man juga disediakan ye! so tapayah susa2 nak snap pic sendiri.tap kalau aku memang snap sendiri je coz bole kurangkan kos.mesti korang mengata ak kan...kedekutnya la hai shuq ni...bawak duit bejuta-juta tap setakat upah snap gamba pun bekire.ahax! :p


NIKITA HOTEL - tempat aku menginap : not to bad...

Hitea

selepas tour guide ak menghantar untuk check in hotel...aktivti adalah bebas. so ak sekeluarga tak mahu mensia siakan peluang yang ada..jadi kami keluar bersiar-siar sekitar hotel.lagi pun ak tak perlu risau coz kawasan hotel aku betol2 strategik wa a cakap luu! berada dikawasan shopping...amek kaw jah!!! nak sangat shopping kannn............

nyum nyum =)

ini lah menu hitea aku untuk mengisi perut sebelum makan malam....ni 1st time kot ak makan benda ni...pisang n roti sememangnya ak dah biasa makan tap diolah sebegini sememangnya 1st time. Honestly sedappppp!





Next entry for Pandang Part 2 click Here




















Wednesday, August 28, 2013

Aceh(Part2)


Assalammualaikum...

Berjalan di sekitarPantai Acheh


Hari kedua aku di Acheh...1st of all pepagi comfirm la breakfast dulu b4 keluar.

My Lovely mom <3


SubhanaAllah cantiknya...sungguh pun aku bukan la seorang yang menjiwai sangat keindahan alam ni...tapi bila dah travel beberapa tempat automatik aku jadi seorang yang pencipta alam.

Main entrance Muzium Tsunami.

melalui entrance ni je pelawat disambut melalui satu lorong gelap  yang direka khas seperti dinamakan lorong Tsunami. iaitu satu lorong gelap yang bergegar ibarat gempa bumi sambil dipancurkan dengan air...
mula2 aku masuk cuak gak eh ehh apa ni...masa tu baru taw feeling dia...Ya Allah takutnya...masa tu lah aku terfikir mama baba n family aku...walaupun kesan melalui lorong itu hanya manja2 alang. Tidak la sampai seteruk tsunami pun ia dah menimbulkan keinsafan dalam diri aku ni. So di penghujung lorong yang aku jalan tu baru la berhenti pancutan air...

maka diisytiharkan basah la baju aku...

but i would never regret


Replika Banda Aceh
Act nak tunjuk replika belakang tu...adalah replika Banda Aceh
yang dilanda Tsunami.

Dalam Muzium ni xteringat nak bergambar sangat coz terpegun dengan rekacipta  muzium tersebut yang merupakan sumbangan dari negara jepun. tetapi dalam muzium ni kebanyakkan menempatkan replika dan gambar2 sebelum, semasa dan selepas peristiwa Tsunami  di Banda Aceh.



Tidak lupa juga dalam muzium ini disediakan tayangan wayang 3d dan 4d juga

Pintu masuk Kapal Tsunami Aceh

Kalau uols nak tahu...masa peristiwa Tsunami tersebut, terdapat sebuah kapal yang dihanyutkan Tsunami kemudian terdampar di atas bumbung sebuah Rumah. sehingga hari ini kapal tersebut dijadikan bahan sejarah dan sumber geologi disamping menjadi tarikan pelancong luar dan dinamakan 
Kapal Tsunami Aceh

Entrance Kapal Tsunami Aceh

On the way naik ke Kapal Tsunami

View dari atas Kapal Tsunami dikawasan Perumahan Banda Aceh

Setelah berpenat lelah ini lah habuannya....elok lepas aku minum je aku ternampak benda yang x sepatutnya aku nampak iaitu cara dia membasuh gelas2 customer...untung ak nampak lepas habis segelas..kalau x...memang   tak merasa air ni lalu tekak ak T_T

Masjid Baiturrahman
Masjid yang aku pergi untuk magrib ni ialah Masjid Baiturrahman. Kalau korang alert satu ketika dulu masa Tsunami melanda Aceh..Masjid ni Femes dengan mukjizat yang Allah tunjukkan iaitu air Tsunami yang melanda Aceh berkuak apabila sampai di perkarangan masjid ni. dan binaannya pula kukuh berbanding bangunan2 lain yang ditelan Tsunami. Untuk pengetahuan korang...masa aku pergi ni adalah bangunan asal masjid ni.sedikit tidak terjejas pun melainkan sedikit kebocoran dan dinding retak yang hanya perlu dibaiki.

Mode : Tiba-tiba aku teringat kisah Nabi nuh dan Bahteranya...yang mengisahkan keenganan kaum kafir menerima ajaran dan mereka yang selamat adalah mereka yang mengikut ajaran nabi nuh dan menaiki bahtera yang dibina oleh Nabi nuh. kisah selanjutkan mengenai sejarah Nabi nuh dan Bahteranya korang boleh la baca di http://jiwa-agama.blogspot.com/2011/12/kisah-nabi-nuh-as-dan-bahteranya.html




Selain itu, Masjid ini juga digelar serambi Mekah...Mengapa serambi Mekah?? coz aku tengok sememangnya rekabentuk seperti masjidilharam...yang mempunyai banyak pintu. bezanya hanyalah dari segi saiz. tidak kurang juga Masjid Baiturrahman ini juga ditanam dengan pohon2 kurma disekitar kawasan masjid. So tidak salah la dengan mengatakan bahawa Masjid Baiturrahman ni dikenali sebagai Serambi Mekah.

Sepanjang Majlis Penyerahan Sumbangan


Kemudian tiba lah hari kemuncak iaitu hari Majlis Penyerahan Sumbangan oleh rombongan kami kepada wakil dari Aceh En. Azhar

Apa yang aku boleh simpulkan disini ialah masa lawatan aku pada kali ini menimbulkan banyak keinsafan...
dari segi Pembangunan di Aceh pula semakin berkembang malah ia membangun dengan cepat dan pesat hasil sumbangan dari seluruh dunia.
kalau korang nak taw...setiap kawasan or taman perumahan mahu pun pembangunan adalah hasil sumbangan dari pelbagai negara.setiap jenis pembangunan mewakili sumbangan negara yang berbeza. Antara contoh yang aku bole berikan disini ialah Malaysia telah memberi sumbangan dengan membangunkan beberapa buah sekolah dikawasan Aceh...malah ada juga yang memberi sumbangan secara personal. Contohnya ialah Jacky chan...ada juga ebebrapa artis lain yang ak xbpe nak ingat....


ok untuk trip ni ak spent  tak lebih 1k untuk accommodations

Pakej yang aku pergi ni murah je 
RM 880 per pax ( 4 ari 3 malam)
Flight-AirAsia
 Hotel
-Breakfast + Lunch + Dinner  (4day)
Transport
Lawatan

HOTEL
kalau korang datang sini jangan nak aspect sangat dapat hotel yang memenuhi taste korang yang tinggi melangit tu okeh?! even ada juga hotel mewah tap tapayah nak aspek sangat.coz as u know Aceh sekarang tak sama dengan Aceh sebelum Tsunami, kerana mereka masih dalam pembangunan, ibarat pepatah mengatakan 

"Masuk Kandang harimau mengaum,
Masuk kandang kambing mengembek"

SHOPPING
##  kalau korang korang dan korang tanya aku apa yang bole di borong kat Aceh ni...jujur aku ckp tade apa yang bole dibelikan sangat coz macam yang baru aku cakap tadi...Aceh sekarang tak sama dengan Aceh sebelum Tsunami, kerana mereka masih dalam pembangunan.cuma kalau korang nak beli souvenir setakat kicen n fridge magnet tu ada la cecikit. tu pun susa gyla nak jumpa!!  aku cakap ni bedasarkan pengalaman aku masa aku pergi 2 tahun lepas(2011). tapi  tatau la kalau dy dah banyak benda yang bole dibeli n djadikan souvenir bila balik malaysia nanti ;)

See you at the next topic :)
Thank you for reading