MORNING !!!
Alphensia Ski Resort |
Korang penah follow tak citer Princess Hour??
ok korang tengok pic yang atas ni which is tempat drama tersebut dilakonkan tak silap aku..
Dalam citer tu babak yang dimainkan disini ialah dimana sekumpulan geng anak2 jutawan pergi holiday yang mana mereka menginap di hotel ni dan bermain ski.
feeling great!
ok fullstop! back to the topic....
Sementara on the way turun ke bawah sempat lagi aku melihat pemandangan luar dari hall level aku...
Subhanallah Mana Suci Allah yang menjadikan sekalian yang ada dibumi ini....
ok kalau korang nak taw mana letaknya Alphensia ski resort ni?? ia terletak di Pyeongchang dimana kawasan pergunungan seoraksan.Pyeoungchang ni plak adalah tempat dimana pemes dikalangan hiker, manakala ski resort yang aku stay ni pula sebagai tourist attraction which is skiing and snowboarding.
dengo kabonye dari tour guide aku ni Alphensia ski resort ni will be the location of the ski jumping events of the 2018 Winter Olympics and the focus of the 2018 Cultural Olympiad
yezZaa aku sampai sini lu... hikhik!
Cuaca?? macamana pula dengan cuaca?
ok as yang korang baca before this part..when i talk about ski and snowboarding, surely la cuacanya pun snowing..ngeee =) aku tahan berapa minit je kot untuk ke kawasan open ski ni..coz ketahanan badan aku tak kuat plus aku ni cepat flu kalau terlalu sejuk....ni masa aku jalan sekitar kawasan outdoor ski ni pun mulut muka jari jemari aku dah mula kebas..mana tak nye...korang perasan tak ak pakai baju apa??
Autumn Jacket ok...Autumn Jacket !! not winter!
kalau baju winter takde lah aku kebas sana sini [-_-"] haihhh shuq shuq...
yelah planning holiday autumn je..memang tak dijangka laa snow turun secepat ni. Neway aku rasa tersangat la bersyukur coz holiday 2 in 1...pegi autumn pastu dapat snow sekali..hehheh...Alhamdulilah.
Pic atas ni aku sempat snap masa merayau sekitar resort
Kegilaan aku yang pakai baju Autumn semasa snowing [-__-"]
tengok belakang kosong lagi takde yang start main ski lagi coz masa ni aku keluar awal pagi.ngeee=)
Note : Amaran keras! Dilarang meniru aksi pemakaian diatas semasa salji!
even that aku tetap tak melepaskan peluang untuk bermain ski...walaupun aku tak mampu main outdoor ski, solution lain untuk aku bermain ski adalah indoor ski..whahha macam dak tecik je shuqi ni boo00 malu! ;p
Selepas puas bermain ski..moh ler kite gerak ke Wind Village untuk membuat cheese sendiri
WIND VILLAGE
Sebelum pergi ke tempat membuat cheese sendiri ak sempat singgah di sheep feeding untuk memberi makan. sheep kat sini sheshomel!! walaupun shomel tapi buas wooO! bila aku hulur bekas yang berisi makanan je..memasing saling bertolak and berebut macam kebulur nak rak! sebelum aku hulur sheep tu semua tengok aku pegang makanan je pun memasing semua macam nak melompat keluar dari kandang..cuakk gak! tu ler makan tak baca bismillah...macam tu laa ;p
Selepas berseronok tibalah masa menunjukkan kepakaran membuat cheese sendiri.kalau korang nak tau tempat buat cheese ni actually berada di kawasan yang sama dengan kandang sheep yang aku pergi tadi.
CHEESE MAKING
Please don't panic if you don't know anything about making cheese, coz there is a proper cheese making teaching class from the professional to teach you the simplest way to make a cheese! waaA shuq buat cheese??hahah kedapur pun jejarang.ni tetibe plak nak wat cheese sendiri?? ahax!! aku sendiri pun tak caya yang aku dah buat cheese masa tulis entry ni.ngeee =)
bukan setakat buat cheese je..aku juga bole buat decoration pada cheese yang aku buat tu and bole dapatkan bahan deco dari daun2 or bunga yang ada kat kampung ini. Lagipun, aku boleh cuba keju aku di tempat kejadian, bersama-sama dengan beberapa cip rangup dan jem strawberi.
kat sini ofcourse la aku dapat beberapa pengetahuan...ce korang tengok cheese yang aku dah siap deco tuh.sebelum ni aku tatau pulak yang bunga-bunga yang aku guna untuk deco tu bole makan macamtu je..huuu
so lepas ni boleh la kalau jumpa bunga mcmni masuk mulut terus and makan.whaha!
Hurmm kalau korang tanya aku resepi buat cheese masa ni memang aku lupa la kan..tap yang aku hengat guna susu lembu pastu kne campurkan dengan bahan apa ntah yang boleh membuatkan dia jadi pejal2 lembut ala2 marshmallow tu.
kat sini lah aku belajar makan nanchos bersama cheese and strawberry jem! korang try la combination ke33 ni.siyesly sedapp!
Lepas habis buat cheese aku gerak ke jeti untuk ke Nami Island
NAMI ISLAND
for your information actually nak ke nami island dari jeti ni ada 2 solution...firstly dengan menaiki ferry and secondly is zip wire!!! hahah ada bran?? kalau kau orang nak tau zip wire ni macamana...dia lebih kurang open sliding.ce tengok pic zip-wire yang aku snap kat pic seterusnya.
perjalanan dari jeti ke nami island adalah 10min dengan menaiki ferry.tap kalau zip-wire tu aku tak bape nak sure. bergantung pada berat seseorang mungkin.ihik! =P
then ticket bagi kedua-dua pengangkutan masa aku pergi ni ialah ferri 8000won/person dan bagi zip-wire 38000won siap entrance
aku tapayah cakap laa...dah kompom-kompom aku memilih untuk ferry...tiket pahala tak cukup woiii nak pergi dulu.huuuu...
pic yang atas ni adalah pic tengah queue nak menaiki ferry.
Zip-wire
Zip-wire ad bran?? ala-ala flyingfox gituuu |
On my way to Nami island |
Ya Allah rindunye aku suasana ni...
ehhh macam penah dengar je?? NAMI ISLAND???
haaa ingat tak? ingat tak?? alaa Nami island yang dalam citer
"Winter Sonata" tuu..pelakon heronya ialah Bae Yong Jun dan heroinnya Choi Ji Woo...manakala pelakon yang bunuh diri ialah Park Yong Ha.
haa detail aku bagi info supaya nak bagi kauorang hengat.tap kalau tak ingat gak..g tanya orang tak pun tido je..susa-susa sangat kan nak hengat.pe ag tido la ;p
ok guys actually pulau nami ni mendapat nama dari seorang general muda yang bernama general nami dimana pulau nami ni ialah tempat tinggal beliau. namun dah meninggal dunia pada usia muda lepas dituduh sebagai pengkhianat masa pemerintahan king sejo. Walau pun kuburnya yang sebenar tak pasti kat mana. so sebagai mengingati dan menghargai jasa beliau maka penduduk telah membina tugu peringatan dengan mempunyai banyak timbunan batu.
tap kan tapi...aku rasa bukan sebab General Nami ni yang buat pulau nami ni femes..tapi bagi aku yang buat pulau ni jadi femes ialah sebab fofularnye drama winter sonata.kalau aku tak datang sini sendiri mungkin aku tatawu lagi pasal general nami ni.wahhaha! =P
ada citer lawak jap kat sini..
ce tengok pic atas ni...mula kan excited punye pasal aku tak perasan langsung yang ak snap pic belakang makam general nami ni...tak menyabor nak tunggu tour guide terangkan.jadi sementara tour guide aku kumpulkan ahli yang lain aku pe ag snap pic yang mana dan...sekali hamik kaw! tekena pic makam..whahha!
yela ce tengok pic bawah ni plak
haa. da tengok kan.. dah kan? korang taw pulok dia tulis apa? yes i know surely la dalam korea language. but apa maksudnya?? aku hengatkan kot kot laa dia terangkan kunun pokok tu dah beribu tahun ke...sejarah nami island ke...ni tak..rupa-rupanya nama general nami dan siapa beliau.hahahah ak snap pic ni pun secara tak sengaja...so inilah makamnyer.... =)
tak penah aku jadi sebebal ni...setakat tak faham boleh tahan lagi.but whats the prob is aku tatawu membaca sekali..woOt wooOt~ o_O
Sebaik turun dari ferry bergambar dulu |
pada 1965..nami island ni dibeli oleh En Minn Byeong -do yang merupakan bekas gabenor bank korea. kemudian dia telah menyertai satu pertandingan menanam pokok paling banyak. so sebab tu la kalau korang datang ke pulau nami ni dipenuhi dengan beberapa jenis pokok yang bertaburan seperti chestnut, pokok-pokok yang popular, dan pokok-pokok mulberi. so hasilnya korang boleh tengok macam sekarang.
Indah kan! nak nak aku pegi ni masa Autumn...dengan daun yang kuning keemas-emasan sambil berguguran....tupai yang lintas melintasi antara pokok ke pokok...waaaA tepegun aku kjap.
kot kot laa kat bangku panjang yang oldskul aku tengah duduk ni choi ji woo dengan bae yong jun penah duduk ;p
Menikmati daun-daun Gingko yang kuning keemasan
Actually aku tak berapa puas ati masa snap pic atas ni...maka berulang kali laa aku nak snap sampai aku puas ati.tap niat aku ni terbantut disebabkan ada orang tengah nak buat shooting kat area ni...so dia tak bagi orang lain lalu.ceittt!! maraah gak kot ak tym tuh...woiii ak pun bayar tiket ferri n tiket nami island laaa! kalau group snsd ke...superjnior ke...takde lah ak nak mara sampai macamni..ni tak..ntah kumpulan mana ntah yang buat shooting. kalau tengok mula aku tak kenal gak group apa tuh.tap bila aku balik malaysia and try search group mana yang berani kacau keseronokkan aku masa kat pulau nami.so baru aku taw...group tuh takdelah femes mana pun..hanya suam2 kuku je =P
aku juz berminat snap pic lori yang bawak prop untuk shooting ni je...yang artisnye ak cakap memang siyes dekat dengan aku..tapi disebabkan aku punyai sifat amarah that time..so that dalam kepala ak hanya
" buatpe tak pasal amik pic kau...sibuk je...bukan pemes pun"
yelahh mana taknye..datang jejauh nak snap la pic dikawasan yang lawa2..tap alih2 kena kacau dengan orang yang nak buat shooting...oppa! buat ari lain la uols punye shooting tu! orang korea bole datang sini bila2 masa.tap aku?? sob...sob...sob T_T
ini adalah tempat peringatan bagi mengingati pelakon korea yang telah mati dengan membunuh diri
Ehem!
Kalau korang ni jenis follow up drama winter sonata tu mesti korang ingat pic bawah ni dimana..
bagi yang tatau...pic bawah ni adalah berhadapan restauran yang aku singgah untuk lunch.which tempat ni laa mempunyai beberapa scene dalam winter sonata...tak silap aku asal hero and heroin lepas habis sekolah je mereka akan lepak makan di kedai ni...hahah
Makanan di restauran ni kalau korang nak taw agak unik laaa...ni aku tak pernah jumpa lagi dimana2 tempat lain..menu yang aku makan adalah nasi goncang. apa yang dikatakan unik? padahal setakat nama nasi goncang je semua orang boleh letak nama pepelik dalam menu dorang kan?
0k sini aku kasi tau kauorang...kenapa unik? sebab dia unik adalah bukan sekadar nama nasi goncang...tap cara penyediaannya juga unik...kerana sebelum makan kita kena pakai glove dulu then baru boleh goncang bekas tersebut..,kena pakai glove coz bekas makanan steel tu sememangnye panas uols...kalau tak pakai memang melecur tangan wa cakap lu...
ok senang citer nasi ni lebih kurang nasi goreng.cuma nasi goreng kita masak dengan kuali.tapi nasi goncang ni kita ibarat masak semasa menggoncang bekas steel tersebut.
Setelah goncang dalam 5minit dan agak2 nasi dalam bekas yang korang goncang tad dah sebati boleh la buka bekas tersebut dan lihant hasilnya..see! betul aku cakap macam nasi goreng kan! huuuu
tapi nasi goncang ni adalah nasi goreng korea version.
antara ramuan dalam bekas yang harus digoncang tadi ialah :
1. Nasi putih
2. Pes sambal
3. Kimchi
4. Telur mata
*biasanya sup akan dihidang sebagai sampingan
haa bejalan tu bejalan gak.tapi kewajipan pada Ya Rabb jangan sesekali dilupakan tak kira dimana berada
Musollah ni terletak bersebelahan restauran yang aku lunch tadi.tapi uols kena naik tingkat 2
moh ler pulang ke Seoul
Next entry for Korea click Here
Salam,Akak sape artis Korea tu?��
ReplyDelete