Everland
Entry kali ni yang aku nak bawakan pada korang ialah ke Everland korea Yeayy!
everland korea tu macamana? best ke? ok korang bole ikuti entry ak kat bawah ni..
Macam yang korang tau..nama everland je mestilah berkonsepkan taman tema ye dok? ok...100 mark for uols! yes! jawapannya betul..Everland Resort adalah sebuah taman tema yang terletak di Yongin, sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan.
Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan yang menduduki tempat ke 13 di dunia bagi kehadiran taman hiburan pada tahun 2011.tatau la betul ke dok hasil research incik google ni. apa yang menariknya everland ni dengan taman tema yang lain??
ok untuk makluman bagi yang berminat.. Everland ni juga ada termasuk zoo dan taman air yang dikenali sebagai Bay Caribbean. Selain tu gak yang ak tau mengikut pengalaman ak kat sini bole dikatakan banyak gak la tanyang 3d n 4d...honestly best gyla!!! tayangan 3d 4d kat sini ala-ala kat USS(singapore) but....lagi best dari USS Singapore ofcourse!
disamping aku bole njoy dalam everland ni ak juga dapat menikmati panorama musim luruh kat sini.
Entrance |
aku nak bagitaw korang ni...gambar-gambar daun yang colourful korang tengok sepanjang entry korea ak ni adalah daun dan bunga yang ori ok...diulangi ori....ori ye kawan-kawan...orii....
Let's Go Bebeh! |
feeling macam view europe |
Korang nampak tak Roller Coaster yang kat belakang aku tuh??
haa tu adalah roller coaster yang diperbuat dari kayu semata...
uols tanya shuq naik or tak?? what do you guess??? [-__-]
mengikut kata tour guide yang dia ceritakan kat aku....roller coaster ni penah menempah nama dalam guinness book of record disebabkan buatannya dari kayu dan hanya menggunakan pasak sahaja.Dan ia juga pernah menjadi roller coaster terpanjang di Asia satu ketika dulu...dulu ok...not now.
lepas apa yang aku bagi taw korang ni kau orang rasa aku naik ker??? hahahah!!
Note : sesiapa yang berhajat untuk kesini dan menaiki roller coaster ni makesure before naik tuu anda telah sediakan insurance kematian...wasiat or what ever ;p
hahaha jahat shuq ni
Hajat tak kesampaian...niat dihati memang nak sangat naik sliding belakang tuh...tap disebabkan hujan game outdoor semua dihentikan sehingga cuaca mengizinkan...sebab nak sangat naik...sepanjang aku kat everland ni aku asyk tengok cuaca je.lepas tengok cuaca tengok sliding ni plak samada dah open or tidak....lastly sampai kesudah dia close...sedih..takde rezeki nak naik menda alah ni.
Bawah ni plak view dalam bus masa melawat zoo di everland. sekarang jadi terbalik lak..manusia duduk dalam bus ibarat kandang..tetapi haiwan berkeliaran diluar.
Gambar yang atas ni adalah dekorasi dengan meniru replika dari negara2 Europe seperti Perancis, negara-negara di Timur Tengah, Spanyol, India, dan Rusia. Tidak hanya menawan secara visual namun gaya arsitekturnya juga mengundang kekaguman aku
Macam yang korang tengok gambar ak berada dalam satu kawasan yang samar ni adalah masa aku tengah tunggu Queue nak masuk ke permainan indoor..iaitu tayangan 4D Harry Potter. Aku cakap dalam ni siyes best n menakutkan!! pusing 360% semua ada....kena sembur air bagai...apa je yang aku tak kena masa dalam ni
View Hotel aku dari bilik |
Ohh ye sebelum kebilik lupa aku nak tunjuk dinner aku malam tu kat korang.hehhehe ni la dinner aku...nasi bubur ayam+ginseng...macam yang aku cakap food kat sini semua healthy :) dan lebih kurang sama..
kat sini...masa ni..iaitu diluar restoren ni laa aku dapat snow pertama dikorea...heheh!!
Syukur Alhamdulilah dapat tengok keindahan kurniaan Allah...
yang atas ni pic along ak..ak?? mana pic ak??? uppPz sorry
Ski Resort
ALPENSIA HOLIDAY IN RESORT
225-3,Yongsan-ri, Daekwanllyeong,
Pyeongchang, Korea.
Tel : 0082-2-772-6000
No comments:
Post a Comment