Wednesday, August 28, 2013

Aceh (Part1)


Assalammualaikum....

Kabare kamu?? waras? wahhh omong Jawa ya kamu shuqi..heheh! act aku tulis Jawa ni bukan apa...tapi bersebab.coz entry aku yang kedua kali ni aku nk story morry sikit Vacation aku yang berkaitan dengan negeri o negara asal Jawa ni iaitu Acheh Indonesia ...haa?? negeri?? negara?? mcm pelik je..tap betul la kan salah satu negeri di Indonesia. apa kau orang ingat Indonesia tak adda negeri ke haa??? what so ever la kan..kalau aku salah tolong betulkan.

Mengapa Acheh?? Y? Y dan Y? bukan ada apa pun? apa keistimewaan Acheh?
aku pon konpius kenapa aku g Acheh. Act aku g Acheh ni mengikuti rombongan parent aku dengan geng2 Bangsar mereka. Misi Utama ke Acheh ni ialah membawa Misi Kemanusiaan...cewwah kemaen ag kau ye kemanusian padahal dah betaon!
actually Acheh ni ada keistimewaannya..Acheh Indonesia yang terletak di utara Pulau Sumatera dan ibu negerinya ialah Banda Aceh atau dulu dikenali sebagai Kutaraja. Seperti yang kita tahu Aceh ni dikelilingi oleh pantai yang indah dan cantik.   


Acheh Selepas 7 tahun Dilanda Tsunami

ok without waste time lagi ak nak share serba sedikit pengalaman aku kesana. seperti yang satu dunia tahu...Acheh ni ialah salah sebuah tempat yang pernah dilanda Tsunami paling teruk pada tahun 2004. Masa aku pergi pada 12 Jun 2011, sekarang dah 2013. Kemaen lama lagi kau yek baru nak tulis.

Masa aku tulih entry ni, aku ingat-ingat lupa je act hehe... 
Demmit -___- ! Kalau ada unsur-unsur mitos & tokok tambah, sila tutup sebelah mata..tapi kalau malas nak layan pergi tutup dua belah mata & tido lagi syok haha. 

Check in


Sebaik tiba di Lapangan Acheh kami disambut oleh pt.Ptrabu travel agency, kemudian dibawa untuk santapan tengahari di restoren Specific Acheh yang menjamukan masakan Traditional Indonesia iaitu Nasi Padang. lokasinya tidak jauh dari Lapangan Terbang Banda Aceh.

Subhanaallah Maha Suci Allah Yang Mencipta Keindahan Bumi
(View Kawasan Pantai Acheh)

haaa kalau korang tye aku apa istimewanya Aceh..inilah dia! View yang shantek ok!

Kawasan Perkuburan Mangsa Tsunami
Rumah Budaya Banda Acheh

 View bila Masuk Ke Rumah.inilah rumah traditional mereka..tidak lari dari rumah traditional melayu.
act  rumah  di Indonesia ni lah yang telah mempengaruhi rumah traditional melayu

Inilah tempatnya 1st time aku makan mee kepiting...mula aku ingat menda laa nama..coz ni salah satu menu
 yang di syor kan oleh tour guide kami. Bila sampai menu perggg terliurrr..!
nak ni nak ni nak makan ni....huk! kat area kL siapa tahu mee ketam yang Hao Liao???


Lupa nak kasi taw uols ak kat sini menginap di hotel bunda



ok citer pasal bilik ni as u see...not to bad aite....ok laa untuk hotel di Aceh ni. but but but Quite Scary lol T_T jujur ak cakap aku sebilik dengan along aku but kitorang tak tido bilik pun.kami menumpang bilik parent. ak bentang toto kat bwah.nasib la bilik dorang besar xmacam bilik aku.so kalau ak dengan kakak aku menumpang pun not to crowded. 

knapa Scary??? 
cukup la aku nyatakan scary kat sini. yang lain tak perlu aku nyatakan. yela Aceh dimana tempat bekas Tsunami dan mayat bergelimpangan. so wut do u aspect huhh?? 

Thanx! Jangan Lupa nantikan Sambungannya di "Kitab Cinta Aceh Part 2"

Next entry for Aceh Part 2 click Here

No comments:

Post a Comment