Tuesday, October 15, 2013

Korea 6 SEOUL


Aktiviti dalam entry kali ni adalah aktiviti terakhir aku semasa berada di korea. Sebelum aku bergerak ke airport untuk menaiki flight aku malam nanti aku sempat singgah di beberapa buah tempat...as usual pepagi haruslah breakfast dulu untuk menjana tenaga yang berterusan.



kali ni aku breakfast di restaurant yang beralamat seperti dibawah :



Ye...aku tak tipuu....yee...bubur lagi..kan aku dah cakap routine breakfast orang korea ni bubur. Tapi apa yang specialnya bubur kali ialah kedai yang aku pergi ni menyediakan pelbagai jenis bubur,antaranya ialah bubur labu, bubur keledek, bubur kacang merah,bubur jagung dan bubur nasi....selain itu mereka juga menyediakan pelbagai side dish untuk dimakan bersama bubur...ala yang macam korang selalu makan tu...bubur nasi pastu boleh letak telur masin la...ayam laa...then kicap pedas bagai.tapi kat malaysia dipanggil bubur berlaok.

antara side dish yang dihidangkan ialah seeweed yang dihiris nipis bagi memudahkan untuk makan didalam bubur...ikan bilis goreng
(siyes sedap ok!).pastu makanan wajib dorang iaitu radish kimchi(haa yang ni aku tak gemar).bubur yang aku bole masuk ialah bubur nasi je makan dengan ikan bilis goreng dengan seeweed.perghhh meleleh siott !

Yang lain bukan tak bole masuk terus, boleh..tap dalam sesudu dua boleh la...masuk sudu ke tiga...CANNOT GO...


Gwanghamun Square

Then kami bergerak ke Gwanghamun Square. yang terletak kat luar Gyengbokgung, ini adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh peminat drama City Hunter .hehe..kenal tak tempat ni?

 Gwanghamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwanghamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun  Shin. 


Kat sini la hero dan heroin City Hunter bertemu for the first time ...



Radish pun dihias lawa cenggini...tak sampai hati nak makan! Terharuu sobsobsob T_T
kamon bebeh let's go to Gyeongbokgung











this is we call "Panglima" di korea .kalau kat malaysia ni setahu aku pengalaman keje kat mindef ni dipanggil PAT (Panglima Angkatan Tentera)(setahu akulah).Snap pic dgn PAT kau jah KerlassS ;p hahah!


Yang oppa Hensem berbaju merah and biru ni pula pengawal istana biasa...kalau kat tempat aku kije ini askar pengawal ni dipanggil sebagai MP(Military Police) hikhikhik!





Istana ini kaya dengan senibina traditional Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.


Jika kita berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.Tapi aku tak jalan pun...masa tak mengizinkan




Cheonggyechon Stream.



zue and tour guide korean sempat membawa kami bersiar-siar di cheonggyechon stream. 
ia Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai. aku sendiri lalu menyusuri sepanjang sungai ini  dari permulaan sungai di Cheonggye plaza sehingga ke Dongdaemun. Terasa seolah2 menyusuri sejarah Seoul yang panjang dan mengkagumkan.


Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea. aku rasa bertuah gyla coz berpeluang melihat sendiri festival ini masa autumn 2012. Macam yang korang nampak pada gambar aku kat bawah ni.perhati betul2...terdapat pelbagai replika tanglung.
Air tapayah cakaplah kejernihan dia..sampai aku geram tengok ikan yang berlinang-linang dalam sungai tu..ish ase nak tangkap je! tapi kelincahannya membuatkan ak jauh tertinggal belakang.wo0t wo0t betapa lincahnya ikan2 disungai nih...masa aku pergi ni air dah mula hendak membekuyela awal nov...musim autumn nak ke winter.


Tengah kesejukkan lebih sedap dihidangkan dengan nasi yang diletakkan dalam bekas steel yang panas dan ikan bakar fresh lagi bersama sup panas..urmmm.
sedap gyla ikan tuh!! mackarel...



Jump Show!

Kalau uols tanya apa aku buat kat seoul cinema ni?? tengok wayang ke?? hek eleh wayang kat Kl pun ada....buang masa je...
woiii silap silap...korang silap...aku datang sini bukan tengok wayang biasa tapi....ak tengok ni

                              

Jump show merupakan komedi muzik menggabungkan banyak seni mempertahankan diri Asia, termasuk  Taekwondo dan Taekkyeon di korea,ia menceritakansebuah keluarga yang pakar seni mempertahankan diri yang perlu untuk mempertahankan rumah mereka daripada perompak.
Acara ini berjalan setiap hari dengan dua persembahan setiap hari, but...attention please! hanya satu show je pada hari isnin
takde kat Kl waa cakap lu!


Sepanjang aku tengok Jump show ni memang tak kering gusi aku.yang penting gelak tak kontrol chantek ye! ;p tapi dalam gelak tawa...
 berdebor debor je ati aku..mana tak nya...kalau uols nak tau...kadang-kadang masa tengah show ni..pelakon-pelakon tersebut akan terus terjah pergi ke audience untuk bertanyakan pendapat atau 
 menyuruh audience membuat keputusan apa yang harus berlaku selepas babak yang dimainkan.aku nyaris kena fuhhh!!! kepala aku time dia nak datang tu dah macam kura-kura dek kerana nak menyuruk punya pasal tanak bagi kena panggil....whahahha

Acara untuk sign dari artist Jump show

Harga bagi tiket JUMP SHOW ini adalah 40,000 won


Dinner dulu di restaurant pakistan before gerak ke Airport


uols tengok pic yang atas ni...actually kami masing-masing baru balik dari menjalankan tanggunjawab kepada Ya Rabb..dimana?? haa kalau nak tau korang tengok pic atas ni..belakang iols jalan street je mendaki bukit akan menemukan Seoul Centre Masjid tak silap aku nama dia....


Actually aku nak snap pic dalam masjid gak tapi tak dibenarkan atas alasan yang tertentu...feeling2 Masjid Nabawi lak rasa..heheheh...
so yang ni jela yang dapat..kalau uols nak tahu masjid ni semamngnya mendaki bukit...semput gak la masa nak naik tu coz bus iols park jauh di restaurant tempat we all makan


Haaa...jangan lupa merasa bahulu yang dijual di luar pintu masjid ni ye..ada seorang uncle yang menjual bahulu ikan ni...1st kami tak tahu pun yang dia islam..masa nak masuk pintu masjid semua duk telan air liur je tengok bahulu ikan panas ber inti kan kacang cair ni...nak beli takut plak..almaklum berada di tempat yang mana kaum islamnya minoriti, so haruslah berhati-hati dalam membeli...

Nak dijadikan cerita masa iols dah selesai menunaikan tanggungjawab....iols pun keluar pintu masjid then tetibe di sapa dengan "Assalamualaikum" oleh uncle tersebut.  kami pun terkejut and kelu lidah berkata-kata sambil pandang uncle tu...time tuh aku pun tak perasan either aku jawab ke tak salam uncle tu tadi...huhuh. 

then tetibe uncle tu cakap "don't worry i'am muslim...do you want to try this? " 
sambil menghulurkan bahulu tersebut...
pada mulanya aku macam "betul ke uncle ni? halal ke?? nak amik ke kuih yang dia bagi ni?? grrr~" macam-macam aku fikir..Lastly tanmpa ragu-ragu aku pun amik kuih yang dia bagi and siap beli lagi kuih tuh...hihihihih sodap!!!
so bagi sesiapa yang dah alang-alang berada berdekatan masjid ni boleh la singgah merasa kuih bahulu kacang uncle tersebut...heheheh :)




Dalam cuaca yang dingin sejuk lagi sedap kalau makan bahulu ikan yang berintikan kacang merah...makan panas2 cair dimulut pergghhhh~





Sempat lagi window shopping kau eyhh shuq!



안녕히 게세요 Annyeonghi Kyeseyo )
Selamat tinggal korea
또 뵙겠습니다 ddo bwepkessemnida ) 
Sampai bertemu lagi

Sarangheyo <3

Thanx coz baca dari awal entry vacation korea aku dari part 1 sampai part yang terakhir ni iaitu part 6...

Macam yang aku janji untuk kongsi serba sedikit tips and Korea Travel Guide click Here













2 comments:

  1. salam, nk tumpang tanya..
    awak g korea ikut pakej dr travel agent mana eik..
    sbb tgk ur tour tu mcm menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...sy pergi ikut travel applemuslim holiday...jika lady f mengikuti 6 entry korea saya dari awal hingga akhir...disitu saya banyak sertakan link travel tersebut ^_^
      ya memang tak dinafikan sangat menarik travel yang sy ikuti tu...ditambah pula dengan tour guide yg sgt sporting :)

      Delete