Tuesday, December 10, 2013

Cambodia


ASSALAMUALAIKUM...




apa khabar? sihat?? uols mesti rindu kat aku kan kan kan??!! aceceh pasan gilak wooo0 inih budak shuq! muahahhaha ;p
aku rasa macam dah berbulan aku tak hupdate belog nih..padahal baru sebulan je kot? tapi rasa macam dah bersawang gila blog http://shuqishuq.blogspot.com/ nih...maap le kome kome...coz lately aku busy sesangat..Almaklum cuti dah habis and class utm pun dah start balik...ditambah plak dengan vacation aku 2 minggu..so teramat la bz...time class dah start time tuh la baru kau nak pegi vacation la ye shuq!! masa cuti sebulan tanak plak kau pegi ceh! hihihi ;p
ok...just forget about that...

kau orang ingat aku tak hupdate belog ni sesaja ke pe...ok just let u know...pasni kau follow jela entry aku yang seterusnya...banyak gila aku nak hupdate! yela sebulan punya citer..sepanjang aku tak hupdate..kali ni aku nak hupdate ok! bia kau orang sampai muntah baca belog aku...wkwkkwkwk ~_~

Just for ur information...sepanjang aku tak hupdate belog ni aku telah pergi vacation untuk 2 minggu dan 2 buah negara...dimana? haa nantikan...but for this time i nak bawa uols ke negara yang menyimpan banyak sejarah dimana terdapatnya Sungai Mekong....Tasik Tonle Sap dan Angkor Wat world heritage iaitu negara Cambodia



Sebaik je sampai di Airport aku disambut oleh ustaz Fared Hosen iaitu Islamic President of Cambodia dan dibawa bersiar-siar sekitar bandar Phnom Phen.kemudian makan tengahari di Cafe Malaya. Selepas semuanya keletihan kami dibawa rehat di hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Holiday Villa

View Bandar Phnom Phen


View dari bilik aku

Untuk pengetahuna uols..aku share bilik dengan parent aku tau kat sini...jadi anak tunggal gitu....auuuw! bilik not to bad ada 3 single bed..dan agak besar juga. View bilik aku menghadap bandar.






Sempat bersiar sekitar hotel sementara menunggu ahli lain untuk bergerak ke destinasi seterusnya


Pic kenderaan yang macam beca uols tengok kat bawah ni dipanggil tuk tuk...kalau uols perasan di Thailand dan Vietnam juga terdapat banyak kenderaan nih...fungsinya adalah sebagai teksi utama di bandar ini..tuk tuk ni bole dinaikkan seramai 4 hingga 6 orang penumpang..kalau bagi yang berminat hanya perlu bayar 20 usd untuk pusing bersiar-siar sekitar bandar. harga kalau uols pandai boleh nego lagik..hihihi




Depan hotel aku



Apasal masuk pic atas ni? pelik ke? bagi aku pelik la coz 1st time aku naik bus yang ada fridge cenggini....hahaha kau ada?? mudah gila bila ada fridge cenggitu bila nak pegi travel..coz boleh sumbat segala macam khazanah.bukan setakat air tapi buah-buahan pun pak aku sumbat dalam ni bagi nyaman pabila memakannya..huuuu



ok aku lupa nak explaint main point aku ke Cambodia ni. Actually tujuan utama aku kesini ialah mengikut parent aku untuk satu program charity bagi membantu orang-orang islam disini yang merupakan kaum minoriti kat sini...hanya 1% sahaja islam kat sini..Untuk makluman uols di Cambodia ni hanya terdapat 14 buah perkampungan islam dan hanya 14 buah masjid dimana setiap satu kampung mempunyai satu masjid yang sangat daif. 
Kebanyakkan dari mereka terdiri daripada orang melayu. Orang melayu terbahagi kepada dua iaitu melayu jawa dan melayu champa. kat sini ada 3 agama rasmi iaitu buddhist,islamic and christian or khatholic

Sedih tak dapat digambarkan dalam bentuk penulisan dan kata-kata melihat islam disana.hanya mata yang melihat saja mampu merasai kedaifan dan kesusahan disana.


CMIA International School

Hari pertama bagi program charity ini ialah melawat Cmia iaitu international islamic school






Kemboja Muslim Alliance Intelek (MIA ) telah diasaskan oleh sekumpulan bekas pelajar di dalam dan luar negara yang telah tamat pengajian. MIA adalah sebuah organisasi untuk pendidikan , bukan untuk keuntungan dan politik, tanpa mengira warna kulit atau pun agama , ia bukanlah satu alat untuk berkhidmat kepada kelebihan politik dan tidak memberikan apa-apa cara dalam bantuan kewangan , bahan atau sumber manusia bagi tujuan politik . 

MIA telah ditubuhkan pada tahun 2004, dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan Diraja Kemboja melalui nombor permit 762 bertarikh 8 Ogos 2005 daripada Kementerian Dalam Negeri.

Kemboja Muslim Alliance Intelek menjadi ahli penuh Kesatuan NGO Dunia Islam ( UNIW ) yang berpusat di Turki dengan sokongan daripada GPM. MIA telah menandatangani satu MOU dengan PKPU JAKIM - ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pada Januari 11,2010 untuk melaksanakan program pendidikan dan Dakwah Islam di Kemboja.


MIA menerima sokongan pembiayaan awal daripada Global Peace Mission (GPM) -Malaysia di awal 2007 dan Zakat PPZ dalam jumlah 7,623.00 USD untuk menjalankan kerja-kerja pejabat . Selepas ini, MIA terlibat secara aktif dalam sumbangan ke arah pemulihan dan pembangunan sosial di semua bidang, menggalakkan masyarakat berpendidikan luas, kepercayaan agama serta pembangunan ekonomi domestik di Kemboja. MIA berdiri di atas kedudukannya kepada asas penglihatan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang selaras dengan motto  kerjasama , telus.


Baba,umie,mama and babah aku


Kanak-kanak beratur bagi menyambut kedatangan kami







Sebaik tibanya di Cmia kami dibawa menaiki Van untuk melihat tanah yang diwakafkan oleh para dermawan bagi membangunkan sebuah institusi pengajian islam disini


          

Gambar dibawah ini adalah gambar 
Ustad Mohad Farid Hosen sedang memberi penerangan mengenai tanah wakaf ini.





Aku pergi ni under JAKIM yang dapat mengumpulkan hasil kutipan sebanyak RM 10,000.00 untuk tanah ni.
tapi tanah ini masih berhutang RM43,333.00...
Jadi para dermawan diluar sana boleh menyalurkan bantuan untuk islamic education di Cambodia melalui ustad farid hosen iaitu islamic president of cambodia seperti maklumat di entry aku yang bertajuk Siem reap nanti.





Lovely mam and babah

Pic diatas ini adalah gambaran perancangan kegunaan tanah yang diwakafkan
untuk makluman lanjut mengenai CMIA click Here












Masa ni kebetulan rombongan dari uitm melaka pun datang melawat untuk program charity anjuran badan mahasiswa mereka



Antara hidangan yang disajikan kepada kami dari CMia




Karipap dia wa cakap besar gila woiii kalau kat malaysia ni ada 5x ganda!! tapi inti karipap disini berbeza sikit dengan malaysia...kalau karipap malaysia berintikan kentang tapi kalau di cambodia ni berintikan su'un,tauhu dan tauge..rasa dia?? sememangnya sedap!!! :)

(nak try cari kat malaysia coz macam makanan jawa.mungkin ada kot jual?)






Aku rasa kat sini mana-mana pun ada kuil...









Museum Tuol Sleng

Selepas program amal di CMIa kami bergerak pula ke Museum Tuol Sleng


Muzium Genosid Tuol Sleng atau Khmer : adalah sebuah muzium di Phnom Penh , ibu negara Kemboja. muzium ini adalah bekas sekolah tinggi yang telah digunakan sebagai Penjara Keselamatan terkenal 21 ( S- 21) oleh rejim Khmer Rouge dari kenaikan kuasa pada tahun 1975 dengan kejatuhan pada tahun 1979 . Tuol Sleng (Khmer [ tuəl slaeŋ ] ) bermaksud " Bukit Pokok beracun " atau " strychnine Hill" . Tuol Sleng merupakan hanya satu dari 150 pusat pelaksanaan dalam negara, dan seramai 20,000 tahanan dapat dibunuh.

 Muzium ini dibina adalah untuk :

Untuk bertukar-tukar pengalaman , kesedaran / pengetahuan dan kerja-kerja,
Untuk memperbaiki kehidupan guru-guru dan menaik taraf kesedaran pelajar dalam pendidikan,
Untuk menyediakan pelbagai pengetahuan dan kebajikan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan sosial,
Untuk memasang semua pelajar, Intelektual untuk berkongsi pengalaman,
 Mengumpul dan mengumpul dana dari orang yang murah hati kebangsaan dan antarabangsa serta pertubuhan kemanusiaan untuk menyokong organisasi.


Entrance ke muzium tual sleng
before that aku nak story mory sikit sejarah yang diceritakan semula oleh tour guide aku iaitu yanos...

sejak 1432 kemboja telah dijaja oleh pelbagai pemerintah. kejap kerajaan Thailand, kejap Vietnam, kejap Jepun sampailah merdeka pada tahun 1953 daripada penjajahan perancis dan diperintah oleh Raja Norodom Sihanouk. Ingat dah habis era penjajahan, rupa-rupanya muncul zaman penjajahan yang lebih zalim . 1960an masa perang Vietnam, kemboja mengambil sikap neutral. Pada masa ini berlaku pertelingkahan kuasa antara Jeneral tentera dengan Raja Norodom Sihanouk. Pada masa ni la Raja Norodom berpakat dengan Khmer Rouge and berlakulah pemerintahan yang mengerikan

empat bulan selepas Khmer Rouge memenangi Perang Saudara Kemboja , Ramai yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan pusat soal siasat . Khmer Rouge dinamakan semula kompleks " Keselamatan Penjara 21" (S- 21) dan pembinaan semula  dengan bangunan telah disertakan kawat berduri elektrik, bilik darjah ditukar menjadi penjara kecil dan dewan penyeksaan, dan semua tetingkap ditutup dengan bar besi dan kawat berduri untuk mengelakkan banduan dari terlepas .

Menurut Tour guide kami juga, tentera khmer rouge mempunyai fahaman komunis yang sangat ekstrem dan akan membunuh semua orang yang bekerja dengan kerajaan terdahulu, orang-orang buddha, islam,kristian dibunuh..orang2 athesis,ulama,ustaz,sami-sami pun dibunuh. orang2 yang bekerja profesional seperti doktor,peguam,akauntan,guru.jurutera, pensyarah juga dibunuh. manakala orang2 politik juga disiksa dan dibunuh kejam.mereka ni juga kalau nampak orang yang specky pun habis dituduh,disiksa dan dibunuh. tiada maklumat kematian yang tepat.tapi anggaran yang mati adalah 1/5 daripada penduduk kemboja sebab dibunuh,disiksa,kelaparan dan penyakit.

Bila tahu macam ni aku pun tertanya la why????! then jawapan yang diberi oleh tour guide aku ialah khmer rouge nak penduduk kemboja ni mempunyai cara berfikir yang rendah, dikhuatiri kalau golongan profesional and orang politik kalau tak dibunuh akan menyebabkan berlaku penentangan disamping nak pastikan kesamarataan dari segi kekayaan and ekonomi.

orang khmer rouge ni juga akan bunuh semua ahli keluarga yang berkaitan. contohnya jika ayahnya seorang doktor maka ahli keluarga yang lain seperti isteri, anak, adik-beradik,mak ayah dan saudara mara juga akan dibunuh sama. pemberi maklumat tentera khmer rouge kadang-kadang dikalangan ahli keluarga sendiri contohnya anak sendiri yang jadi mata-mata gelap kepada ibu bapa dan adik beradik sendiri. memang terdesak sangat keadaan masa tu. semua orang diwajibkan bertani tanpa ada sebarang upah, bila masak kena makan ramai-ramai tak boleh makan sendiri kat rumah. Pada zaman tu juga, semua penduduk kemboja diwajibkan memakai baju hitam and rambut perempuan pun akan dipotong.














Salah satu katil untuk penyiksaan banduan pol pet








Seriously bila aku tengok pictures ni rasa macam dalam scary movie plak. kau bayangkan ada sebuah sekolah lama yang usang...yang berhadapan dengan perkuburan mangsa-mangsa pembunuhan pol pet dan terdapat pulak pokok kemboja. kalau kat malaysia ni pokok kemboja sinonim dengan tanah perkuburan. ye dok huhuhu...pandai betul orang dulo-dulo design supaya sinonim suasana dengan keadaan persekitaran.huhuhuh :p





Gambar dibawah ni adalah tempat siksaan dimana mangsa akan digantung kaki diatas dan kepala dibawah, kemudian dipukul sehingga pengsan kemudian direndam dalam tempayan. Asalnya tempat ni dulu adalah tempat bersenam budak-budak sekolah















Antara gambar-gambar banduan yang diseksa dan dibunuh.Khmer Rouge ni sebelum menyiksa and membunuh, mereka akan mengambil gambar dulu..semua gambar-gambar di bawah adalah orang2 yang disksa dan dibunuhnya.







Tour guide kami sedang menceritakan sejarah pol pet








Mereka dibawa ke sel-sel yang lebih kecil telah dikurung dan diseksa dengan menghentak kepala banduan pada dinding atau lantai konkrit





Gambar dibawah : Penjara ni ada 4 blog yang menempatkan mangsa yang berlainan identiti. orang politik di blok A dan selebihnya blok B,C dan D. Penjara nya kecil gila tapi mampu memuatkan ramai orang dengan kaki digari. Mereka disiksa mengikut identiti.

kalau orang politik disiksa dengan sangat dasyat seperti potong jari dan kuku, tebuk kepala dengan gerudi, disebat sehingga mati dan sebagainya...aku tak mampu nak ungkap semuanya..ini tak termasuk lagi siksaan bagi kaum perempuan.cukupla aku nyatakan serba sedikit cara penyiksaaan yang dijalankan semasa zaman pol pet nih..korang boleh nilai sendiri kejam tak kejam.



Pada asalnya merupakan bekas sebuah sekolah Chao Ponhea Yat High School dan ditukar menjadi sebuah penjara yang diberi nama Penjara S21 semasa zaman pemerintahan pol pet dan kini menjadi sebuah museum peringatan.









Look like scary movie kan! ada school....grave..plus pokok kemboja!! lengkap! hamik kau! tapayah nak tunggu memalam baru nak takut.its enough walau pun 5 petang dah cukup takut yer kawan-kawan...

Antara perkuburan yang terdapat di penjara S21


Selepas menyelami sejarah kekejaman pol pet, kami dibawa menuju ke restaurant D'Nyonya untuk makan tengahari disana







Kalau uols berminat nak datang sini and masih tercari-cari restaurant makanan halal di sekitar Russian market and sungai mekong boleh la cari restaurant ni...aku ada curi dengar owner D'Nyonya ni borak dengan ayah aku..orang johor katanya..saja buka business kat sini. hikhikhik jangan meniru perbuatan ini ya..enggak baik...aku takpe coz kebetulan terdengar.tak kan nak tutup telinga plak kan...huhuhuh ;p





Russian Market




kat Phnom Phen ni aku stay kat hotel Holiday villa...so kalau nak kemana-mana or shopping memang dekat sangat la coz berada di tengah-tengah bandar hotelnya..kalau uols tengok pic atas ni building yang color kuning ni adalah pasar russian. apa yang ada di pasar russian?? mari kita terjah  :)





orang kata russian market ni adalah syurga membeli belah bagi wanita coz terdapatnya pelbagai barangan.tidak terkecuali batu permata.coz terdapat satu bahagian yang khas untuk batu permata
( bagi aku yang kurang berminat bab permata and barang kemas ni aku takde lah kisah sangat pun ).Russian market adalah sebuah pasar jualan yang banyak barangan dijual dengan harga yang murah.Lebih kurang Central Market ( CM ) di malaysia la citernya..banyak juga jual barang hand made cambodia...tidak kurang juga dengan jualan kain sarung...tapi kalau barang tu hand made cambodia dapatlah murah...kalau made in indon ke vietnam ke memang mahal.

nak nak lagi 1st beli aku dah kena tipu coz beli baju baby untuk nephew aku yang mahal nak mampos! kalau kat malaysia baju cenggitu bole dapat dalam sepasang RM20 hengget je.

tapi kat Russian market ni aku beli dengan harga RM40 hengget.mula ingat tanak beli dah.tap jurujual tuh tengok aku macam nak gado aku malas nak cari pasal.aku pun beli jela...then lepas kejadian tuh aku dapat pengajaran and shopping lebih agresif lawan jurujual yang kaki kencing kat sana!

cuma kat sini aku nak nasihatkan uols kena pandai tawar menawar dan berhati-hati. Masa aku pergi ni musim cuti sekolah dan banyak pelancong europe datang...so kebanyakkan peniaga ni kekwat banyak..bukan kekwat sikit.tap banyak ok! jadi dorang ni demand herge plak.

sampai betekak juga aku kat sana dengan jurujual tuh...yela bayangkan selai shawl dia boleh jual dengan harga 38usd..shawl memang superb lawa tapi bila tanya harga 38usd ok! not RM38..please be careful with their currency.kalau dah selai shawl 38usd..kau darab jela dengan 3.3..masa aku pergi ni usd 3.3...so kau darab jela...tak ke sampai 
RM 100++ tuh?? padahal kualiti sama je dengan malaysia baru 10 hengget..sudahnya tak beli aku...hahaha saja nak test market pandai tak aku tawar menawar.

disebabkan kau jual terlalu mahal nak mampos..padan dengan muka kau tak merasa duit aku! habis aku jajah dengan grouping aku jangan beli shawl situ, cekik darah punya orang! dah la jual kat central market je.kedai bukan aircond pun..kat malaysia kedai aircond lagi paling mahal boleh dapat RM 20 kat Ts. wkwkwkkw :p








Sungai Mekong Cruise



Asal nama Sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang). Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Bahasa Thai pula 'Mae Nam Khong'. Kong bermaksud Sungai.

Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di ChinaMyanmar,ThailandLaosKemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.
Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.




Apa yang menarik di sungai mekong??

Paling best coz harga untuk dinner atas cruise ni superb murah!! coz kalau naik bot kat putrajaya ni mesti mahal. Tapi kat sini bayar 20usd untuk satu bot besar and kita dibawa pusing-pusing sungai mekong selama 2jam. Melihat pemandangan sekitar Phnom Phen pada waktu malam..bila naik dengan family mesti syiok je..pastu bayar pun murah..tak terasa sangat kalau dah murah tu walau pun ramai.hihihi

apa yang penting dapat gak aku merasa aura air sungai mekong yang digunakan sejak zaman logam 2100 tahun sebelum masihi lagi.
merasai kehebatan sungai ke-10 terpanjang didunia , merasai misterinya sungai ke-10 terbesar isipadu air, dengan panjang 4880km seluas 812,00km persegi yang menghubungkan china,thailand,myanmar,laos,kemboja dan vietnam.

Aku rasa kalau aku datang ke cambodia ni masa form4 comfirm sejarah ak A++...hikhik! ;p

tapi...sayang seribu kali sayang...masa tidak akan berputar..sejarah tak mungkin berulang...
hewhewhew  ;p















Subhanallah Maha suci ALLAH yang mencipta segala keindahan alam.

Tour guide kami menerangkan sejarah sungai mekong




Antara Cruise yang ada



Gambar diatas : enggak sopan kamu ya..magrib-magrib ni boleh plak tepekik telolong karoke..haihh [-__-"]






ok meh aku introduce...
This is my new friend..her name is Riva.she's cambodian girl...she guide me when i was there in phnom phen over 5day. she's 23 years old..same with my age..im very lucky to know her..coz kami sekepala yeahhh!!! ^_^

hey Riva when u come to malaysia just let me know..I'll get you around kuala lumpur






Lepas habis dinner cruise di sungai mekong aku dibawa ke night market phnom phen...masa ni gimik je parent aku turun semata untuk bergambar.lepas tuh naik bus duduk coz capek barangkali...

Thanx again to riva coz sudi teman aku marayau sekitar night market ni..walhal takde benda yang aku nak beli.cuma nak tengok night market ditempat orang je..heheheh 









nothing much to buy..and im not buy anything.going back to hotel

Seterusnya untuk next entry for cambodia yang bertajuk 
Siem reap

click Siem Reap





No comments:

Post a Comment